Friday 30 December 2011

Al-A'raf

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


55. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. 
Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah ianya diciptakan dengan baik.
Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap.
Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

57. Dialah yang meniupkan angin sebagai  pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan
rahmat-Nya (hujan). Sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, 
Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. 
Kemudian Kami turunkan hujan itu dengan berbagai macam buah-buahan. 
Seperti itulah Kami bangkitkan orang yang telah mati
mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Tuesday 20 December 2011

Kisah Ulat Merah & Nabi Daud a.s

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Dalam sebuah kitab Imam Al Ghazali menceritakan pada suatu ketika, 
tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam surau sambil membaca kitab Az-Zabur, 
dengan tiba-tiba ia terpandang seekor ulat merah pada dedebu.
Lantas Nabi Daud a.s berkata pada dirinya ; 

"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja selesai Nabi Daud a.s berkata, 
maka Allah s.w.t pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. 
Lalu ulat merah itu pun mula berkata pada Nabi Daud a.s; 

"Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 
'Subhanallah wal hamdulillah wala Ilahaillallah wallahuakbar
setiap hari sebanyak 1,000 kali. 
Dan pada sebelah malam pula Allah s.w.t mengilhamkan kepadaku supaya membaca
 'Allahummasolli A'la Muhammadin Anabiyyil ummiyyi wa A'la alihi wasahbihi wasallim
setiap malam sebanyak 1,000 kali."

Setelah ulat itu berkata demikian, 
lalu ulat merah itu bertanya kepada Nabi Daud a.s, 

"Apakah yang dapat kamu katakan padaku supaya aku dapat faedah darimu?"

Lantas Nabi Daud a.s menyedari kesilapannya kerana memandang remeh 
terhadap ulat tersebut sedang ulat itu beribadat pada Allah s.w.t. 
 Nabi Daud a.s sangat takut kepada Allah s.w.t, 
maka dia pun bertaubat dan menyerah diri kepadaNya.


Saturday 10 December 2011

Pemimpin Gusti Para Sufi

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Di kota Baghdad ada seorang Sayyid (keturunan Rasulullah s.a.w.) yang sangat miskin dan mempunyai seorang anak gadis. Ia tidak mempunyai wang untuk mengahwinkan anak gadisnya itu. Oleh itu ia pun membuat satu pengumuman kepada orang ramai bahawa dia hendak beradu tenaga dengan ahli Gusti Negara (Junaid Al-Baghdadi). Dengan perintah raja, perlawanan pun dimulakan. Orang ramai terlalu bimbang sebab Saayyid tidak setanding dengan Junaid.
Sebelum perlawanan Sayyid berkata kepada Junaid: 

"Wahai Junaid ! Aku tahu engkau adalah seorang ahli gusti yang perkasa. Aku tidak berupaya melawan engkau, tetapi keadaan memaksa aku mengambil keputusan ini. Wahai Junaid, dengarlah kata-kataku ini, aku adalah seorang Sayyid, aku terlalu miskin dan tidak mampu mengadakan majlis perkahwinan untuk anak perempuanku. Jika engkau sanggup memberi kemenangan kepadaku dan menerima kekalahan, dapatlah aku menggunakan hadiah-hadiah kemenangan itu untuk perkahwinannya. Sebagai balasannya aku akan memohon kepada datukku (Muhammad s.a.w.) agar memohon pengampunanmu di akhirat kelak."


Kata-kata Sayyid sangat berkesan di jiwanya, ia pun bersetuju. Dalam perlawanan itu orang ramai menjadi terkejut apabila melihat Junaid tewas ditangan seorang yang lemah. Sayyid diberi hadiah dan anugerah oleh Khalifah. Pada malam itu Junaid telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah; Baginda berkata kepadanya: "Wahai Junaid! Engkau telah menghormati anak cucuku dan memuliakan darjat seseorang disebabkan ia mempunyai pertalian keturunan denganku dan tidak mempedulikan kedudukan serta kemuliaan dirimu dimata orang ramai. Kerana budimu yang mulia itu, engkau dilantik sebagai Sayyid Al-Tho'efa (pemimpin gusti ahli sufi)."


Wednesday 7 December 2011

Malaikat di setiap Majlis Zikir

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. 

Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."

Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." 

Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."

Sumber: (link)

Sunday 4 December 2011

Warkah seorang anak

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Re-share :     ::  Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal  ::


Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn




Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..



:: Sedih?  Syukran pada seorang sahabat yg sudi reshare post aq, bile aq bace balik post tu boleh buat aq menangis lagi. setiap kali. :|

Wednesday 30 November 2011

Antara jilbab kerana hati & Syurga

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab, 
"Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab."

Sudah banyak orang menanyakan mau pun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. 
Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

"Assalamu'alaikum, saudariku...."

"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum, 
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."

"Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi, 
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."

"Alhamdulillah.."

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka.
Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.

"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu..tunggu aku.."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, 
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, 
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membedakan dengan diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, 
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..

Sumber : (link)

:: MashaAllah..tak semestinya alasan ikhlas di hati dah cukup untuk kita masuk syurga tanpa menjaga perkara-perkara wajib yang lain. Percaya juga pada hukum karma, setiap perbuatan pasti ada balasannya.  Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu alpa, sibuk mencari kekurangan orang lain, caci sana sini dan berbangga pula diri sudah cukup iman, mantap bekalan. Sesungguhnya Allah menyeru hambaNya untuk menuntut ilmu, mencari apa yang kurang, menutup mana yang cacat. Sebarkanlah mana yang perlu dan tutuplah mana yang aib. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap perbuatan hambanya.



Thursday 24 November 2011

:: Dapat pahala hanya dengan pandangan ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Percaya atau tak kita boleh dapat pahala tanpa melakukan apa-apa kecuali dengan pandangan? Baru-baru ni terdengar satu segmen kat tv, ada ceritakan pasal ni. Ada 3 benda, apabila kita memandang benda-benda ni, kita akan dapat pahala.
  • Ka'abah
  • Al-Qur'an
  • Menatap wajah ibu bapa
Sekadar pandangan belum menjamin kita boleh masuk syurga. Pandanglah 3 benda ini sepuas-puasnya pun, tapi tak menjaga pandangan antara lelaki atau perempuan ajnabi ,tambah tolak dosa dapat kosong juga. Betul tak? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. wassalamualaikum :)






Monday 21 November 2011

Cerita Si Unta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada seorang  Yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya. Maka dia pun membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Setelah diadili, Nabi Muhammad s.a.w pun menjatuhkan hukuman bahawa unta itu adalah milik si Yahudi sementara orang muslim itu akan dipotong tangannya. Lalu orang Muslim itu sedih kerana dituduh mencuri lantas berdoa kepada Tuhan;
“Tuhanku, dan baginda adalah PesuruhMu, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu,”

Seterusnya,lelaki itu berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar,akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini terlebih dahulu.”

Kemudian, Nabi Muhammad s.a.w pun bertanya kepad unta itu, “ Hai unta, milik siapakah engkau sebenarnya?” Lantas unta itu berkata, “ Wahai Pesuruh Allah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi ini adalah pendusta.”

Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada orang muslim itu, “ Wahai orang muslim, beritahu padaku apakah yang engkau lakukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh berkata-kata?”
Jawab orang muslim itu, “ Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali.”

“ Engkau telah selamat dari hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat juga dari siksaan akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku,” kata Rasulullah.

:: Membaca selawat sangat dianjurkan oleh Islam kerana pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Selawat boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa di dunia mahupun akhirat nanti. J



Wednesday 16 November 2011

Pahlawan Neraka

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Suatu hari, satu pertempuran telah berlaku di antara pihak islam dengan pihak musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain. Tiba-tiba pertempuran itu diberhentikan seketika. Kedua-dua belah pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana, Nabi Muhammad dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlalu itu. Peristiwa yang baru mereka hadapi itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh,dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Kisah keberaniannya telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah segera menjawab ;
  “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Para sahabat memandang antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya lantas baginda berkata ;

            “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat di tikam oleh pihak musuh. Badannya penuh dengan darah. Segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata itu ke dalam dadanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia bukan mati kerana lawan dengan musuh, tetapi membunuh diri sendiri.

            Tambah Rasulullah, sebelum Qotzman mati dia ada mengatakan, katanya;
“Demi Allah, Aku berperang bukan kerana agama tetapi kerana menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”


Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim. 


 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea