Sunday 28 August 2011

:: Setianya Cinta ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Terdapat satu kisah cinta paling setia sepanjang sejarah yang tidak dapat dibandingankan dengan kisah Qais dan Laila mahupun kisah Romeo dan Juliet, kerana kisah ini tidak hanya berakhir dengan pernikahan yang dianggap sebagai puncak manifestasi cinta sang manusia, cinta yang sebenarnya adalah yang berkesinambungan, walaupun salah satu dari dua kekasih itu sudah meninggal, maka kisah cinta yang paling agung adalah kisah cinta junjungan kita Muhammad saw kepada isterinya Khadîjah.. cinta yang luar biasa, terus berlanjut hingga Khadîjah meningalkan dunia yang fana ini.
Setelah beliau meninggal lebih kurang satu tahun, ada seorang perempuan yang datang menemui Nabi saw, dia berkata kepadanya: 'Wahai Rasulullah, mahukah engkau menikah? Engkau mempunyai tujuh orang isteri dan keinginan yang selalu bertambah..' harus menikah, ini merupakan kebutuhan bagi setiap lelaki, kalau bukan kerana Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad untuk menikahi beberapa orang isteri yang datang kepadanya setelah pemergian Khadîjah, pastinya dia tidak akan menikah lagi.
Baginda menikah tidak seperti kebanyakan lelaki, selain Khadîjah, setelah itu dia menikah kerana tuntutan misi dakwah, namun dia tidak pernah melupakan Khadîjah untuk selama-lamanya, bahkan kisah kasihnya tidak pernah pudar, walaupun dia meninggalkannya selama empat belas tahun lebih dahulu.
Ketika penaklukan Makkah, ramai orang yang mengelilingi Rasulullah saw, semua orang Quraisy datang minta maaf kepadanya, dan tiba-tiba saja beliau melihat seorang nenek yang sudah sangat tua datang dan ingin bertemu dengannya.. Rasulullah saw lalu meninggalkan rombongan manusia yang ada di sekelilingnya dan berdiri menyambut kedatangan sang nenek, dia ajak berbicara dan duduk disampingnya. Melihat kejadian itu Aisyah pun bertanya, 'Siapa gerangan nenek tua itu?' kerana dilihatnya Rasulullah saw meluangkan waktu dan berbincang-bincang dengan nenek tua itu dengan penuh konsentrasi.

Rasulullah pun menjawab:Ini adalah sahabat Khadîjah”.
Aisyah kembali bertanya: 'Apakah yang engkau bicarakan dengannya Wahai Rasulullah?'
Baginda menjawab: Kami membicakan hari-hari yang indah bersama Kahdîjah”.
Ketika itu timbullah rasa cemburu dalam diri Aisyah, lalu dia berkata: 'Apakah engkau masih mengingat-ingat orang yang sudah tua dan sudah menjadi tanah itu, sementara Allah telah memberikan ganti untuk engkau dengan yang lebih baik?'

Maka Nabi menjawab: “Demi Allah, Allah tidak pernah menggantinya dengan seorang perempuan yang lebih baik darinya.. dia banyak memberikan bantuan moral dan material, dia melindungi aku, ketika penduduk Makkah ini mengusirku, dia membenarkan aku ketika manusia mendustakan aku”.

Aisyah merasa bahwa Rasulullah agak marah, lalu dia berkata: 'Ampunkanlah aku kepada Allah wahai Rasulullah.'
Maka Nabi menjawab: “Minta ampunkanlah bagi Khadîjah, baru aku akan memintakan ampun bagimu”. 
(HR. BUkhârî).


MashaAllah,sampai begitu sekali Rasulullah s.a.w mempertahankan hak Khadijah.
Besarnya cinta baginda sebesar hatinya mencintai seluruh umatnya.
Semoga mendapat manfaat dari kisah ini.
Wailalliqa' :)

Saturday 27 August 2011

:: Betapa hebatnya Allah aturkan ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

 Daripada Abu Umamah r.a berkata : 
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )






Pernah terfikir tak cara mudah nak selak halaman Al-Quran?


Bagi yang dah automatik hafal pages & isi2 dalam Al-Quran tu,alhamdulillah..
bagi mereka yang ambil masa yang agak lama nak belek tu..hm..kat sini ada satu cara mudah!


Mulakan dengan bahagian juzuk yang nak dibaca, contohnya:


Juzuk 5 ; ditolak 1 = 5-1 =4
               darab 2   = 4 x 2 =8
               hasil darab ditambah 2 dibelakangnya = 82


Haa...cuba tengok dlm Al-Qur'an, betul atau tidak juzuk 5 berada di halaman 82? 


Contoh lain plak ,


Juzuk 26 ; ditolak 1 = 26-1 =25
                 darab 2   = 25 x 2 = 50
                 hasil darab 50 ditambah 2 dibelakangnya = 502


.: Juzuk 26 berada di halaman 502 
*masih tak percaya? Cubalah sendiri :)


Subhanallah, guna formula matematik yg simple je kan..senang lah nak selak halaman 
Al-Qur'an lepas ni..semoga dikurniakan syafaat dan digandakan 
pahala dengan bacaan Al-Qur'an.. 
*jom sebarkan :)



 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea