Thursday 22 September 2011

Pernah terfikir tak ?

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni
:: "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke?

"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)
Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya? Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu!

:: Dalam seminggu, sebulan berapa kali top up handphone?

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27).
Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet, sehingga ada pelajar yang sanggup "berpuasa" untuk berjimat duit belanja sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut. Kalau pelajar universiti, bila duit biasiswa atau PTPTN masuk, terus keluar berjoli, dengan siapa ye? Duit yang diberi tu amanah kan?

:: Kadang-kadang baca buku tak masuk kepala, kenapa ye? Kenapa hati susah menerima ilmu? Ilmu itu cahaya, kalau hati kotor dan gelap, bagaimana cahaya mahu menembusinya?

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana :
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat".
Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih.Walaupun kita pandai, tapi berkat tak ilmu tu?


:: Prestasi belajar kita pula bagaimana? Ada orang kata boleh mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’, betul ke?

"Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga dan dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Al-haj, ayat 46)
Benar cinta itu buta, sampaikan hati juga menjadi buta. Buta hati.


:: Apa perasaan ibu bapa kita kalau nampak anak mereka di sekolah, di universiti seronok berkasih-kasihan dengan kekasih hati? Apa perasaan mereka kalau dapat tahu anaknya sudah terlanjur?


"Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka."
Mak telefon hari ahad, tanya kita kat mana. Kita jawab sedang belajar di bilik, padahal sedang berseronok keluar dengan kekasih di bandar.


:: Kalau cikgu atau pensyarah dapat tahu kita belajar main-main, tak fokus dalam kelas, tak siap assignment sebab sibuk bercinta, tak terguriskah hati mereka?

"Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin

melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal."

:: Setuju tak? Bila bersama dengan kawan kita kurang berbuat dosa, tapi bila bersama kekasih banyak dosa kita buat. Sampaikan hati yang rasa bersalah pada mulanya semakin lama sudah tidak rasa bersalah, malah sudah tidak malu untuk buat dosa tersebut. Hati rasa seronok berbuat dosa.


"Bila dosa semakin menimbun, Allah janjikan neraka, ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah SAW. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT." Naudzubillah!

:: Solat kita khusyuk tak?

Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran tidak lagi mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.



 :: Mengapa hati tak tenang dalam setiap perkara kita lakukan? Hanyalah dengan mengingati Allah hati akan tenang. 
 "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". (Ar-Ra'd : ayat 28)
Buka mata, buka minda, jangan sesat dalam mainan syaitan..fikir-fikirkan =D 

Thursday 15 September 2011

:: Segalanya InshaAllah ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 3 pemikir berseni

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, 
"Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. 
Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. 
Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. 
Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. 
Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.




..Tuhan berikanlah ... Ketabahan hatiku .. 
.. untuk membina impian kasihku ..
.. Bersama mengharapkan ..
.. Ketulusan cinta ini .. 
.. hingga terbina .. 
.. mahligai bahagia ..

.. Ku cuba sedaya ..
.. agar dirahmati .. 
.. perhubungan ..
.. yang telah* terbina ..
.. kerna pasti aku ..
.. yang akan merasa ..
.. pedihnya kehilangan ..
.. insan* sepertimu ..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, 
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya 
kamu akan senang hati (gembira), 
apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, 
apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

(*) InshaAllah :) 

Thursday 8 September 2011

:: Wahai perempuan..sedarlah ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni

Ada dua perempuan sedang berjalan ke arah yang sama. Mereka bukan lah kawan mahu pun lawan. Mereka cuma berjalan ke destinasi yang sama. Seorang lelaki melihat mereka berjalan sehingga jauh dan tidak kelihatan. Apa yang dia perhatikan, sorang dari perempuan tu tidak pakai tudung. Yang sorang lagi pakai tudung.



"Perempuan yang tidak pakai tudung tu seksi sangat. Skirtnya pendek atas peha. Putih melepak peha dia. Selalu sapu fair and lovely kot. Baju pulak ala-ala perempuan yang pakai bikini dekat pantai tu. Cuma ditambah lagi lapisannya dengan sehelai baju ketat sampai nampak bentuk body. Fuhh, memang mantap sampai terbayang-bayang di kepala. Kalau lah dia jadi gelfren aku kan bagus. Dapat sentuh setiap hari." kata si lelaki tersebut.


"Perempuan yang pakai tudung tu pun seksi jugak. Tudung dia comel sangat. Nampak macam melekat di atas kepala. Pastu dia pakai pun setakat atas paras dada saja. Jadi nampaklah gunung yang mahal sangat tu. Baju pun tidak kurang juga ketatnya tapi tidak lah seketat perempuan yang tidak pakai tudung tu. But at least nampak body dia yang menggiurkan. Kalau dapat pegang konfem bahagia punya." lelaki itu berkata lagi.


Berdasarkan kenyataan lelaki tu, aku (penulis) mau tanya korang especially yang perempuan. Rasa-rasanya antara mereka berdua, dosa siapa lagi besar? Cuba fikirkan kenapa perempuan disuruh tutup aurat. Sekadar saja-saja? Apa yang aku (penulis) tau, aurat perempuan perlu ditutup supaya tidak menimbulkan nafsu lelaki. Tapi kalau yang pakai tudung pun masih menimbulkan nafsu, tidak kah itu berdosa berkali ganda?



Akhir sekali, hayatilah petikan ini:
Orang yang jahil itu lebih mulia daripada orang yang beragama kerana mereka melakukan kejahatan atas kejahilan mereka itu sendiri sedangkan orang yang beragama itu tetap melakukan kejahatan walaupun mereka telah mengetahui akan dosanya.


*Aq jumpa artikel ni masa tgh blogwalking waktu praktikal komputer tadi..
penulis yang dimaksudkan adalah seorang blogger terkenal. Boleh klik sini untuk lebih cerita.

**Aq tak sanggup copy gambar yang sebenar dari blog penulis..ughh! seram! 
-oh ye, artikel ni cuma copy je, penulis ada bagi permission. HEHE :P
 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea