Saturday 22 October 2011

:: Peringatan Sesama Insan ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni
1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.

2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam

4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.

5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.

6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.

7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.

8. Jangan mengumpat.

9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang (*mengikut batasan syariat).

10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.



Friday 7 October 2011

Teman Sejati , Cinta & Kasih

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




 TEMAN SEJATI..
Mengerti ketika kamu berkata, ‘Aku lupa’..
Menunggu selamanya ketika kamuberkata ,‘Tunggu sebentar’..
Tetap tinggal ketika kamu berkata,‘Tinggalkanku sendirian’..
Membuka pintu walau kau belum bersedia mengetuk pintu itu..

Cinta Yang Agung..
Adalah ketika airmata setia mengalir
dan kamu MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak pedulikanmu
tapi kamu TETAP menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mula mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum..
sambil berkata, ‘Aku turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil
Bebaskanlah dirimu..
Biarkan hatimu melebarkan sayapnya semula
dan terbang ke alam bebas mencari mutiara putih..
Ingatlah..
Kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya lagi..
Tapi apabila cinta itu mati,
Kamu tidak perlu mati bersamanya..
Kerana masih ada cinta dari Yang Maha Esa
cinta yang sentiasa subur di atas dunia..

MENCINTAI..
Bukanlah bagaimana kamu melupakan,
melainkan  bagaimana kamu memaafkan..
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti..
Bukanlah apa yang kamu lihat,
melainkan apa yang kamu rasa..
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu bertahan..

Kasih yang suci..
umpama pelangi yang pelbagai warna
tidak bias warna itu hingga hilangnya mentari
Tetap setia di kaki langit walau sedetik cuma hayatnya
Masih sedia menjelma walau seribu kali diusir..

Kerana agungnya kuasa Pencipta
Kerana hebatnya ciptaan Ya Khaliq
Menghadirkan rasa kasih dan sayang
Mengharumkan warna warni kehidupan



 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea