Wednesday 30 November 2011

Antara jilbab kerana hati & Syurga

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab, 
"Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab."

Sudah banyak orang menanyakan mau pun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. 
Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

"Assalamu'alaikum, saudariku...."

"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum, 
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."

"Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi, 
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."

"Alhamdulillah.."

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka.
Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.

"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu..tunggu aku.."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, 
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, 
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membedakan dengan diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, 
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..

Sumber : (link)

:: MashaAllah..tak semestinya alasan ikhlas di hati dah cukup untuk kita masuk syurga tanpa menjaga perkara-perkara wajib yang lain. Percaya juga pada hukum karma, setiap perbuatan pasti ada balasannya.  Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu alpa, sibuk mencari kekurangan orang lain, caci sana sini dan berbangga pula diri sudah cukup iman, mantap bekalan. Sesungguhnya Allah menyeru hambaNya untuk menuntut ilmu, mencari apa yang kurang, menutup mana yang cacat. Sebarkanlah mana yang perlu dan tutuplah mana yang aib. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap perbuatan hambanya.



Thursday 24 November 2011

:: Dapat pahala hanya dengan pandangan ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Percaya atau tak kita boleh dapat pahala tanpa melakukan apa-apa kecuali dengan pandangan? Baru-baru ni terdengar satu segmen kat tv, ada ceritakan pasal ni. Ada 3 benda, apabila kita memandang benda-benda ni, kita akan dapat pahala.
  • Ka'abah
  • Al-Qur'an
  • Menatap wajah ibu bapa
Sekadar pandangan belum menjamin kita boleh masuk syurga. Pandanglah 3 benda ini sepuas-puasnya pun, tapi tak menjaga pandangan antara lelaki atau perempuan ajnabi ,tambah tolak dosa dapat kosong juga. Betul tak? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. wassalamualaikum :)






Monday 21 November 2011

Cerita Si Unta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada seorang  Yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya. Maka dia pun membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Setelah diadili, Nabi Muhammad s.a.w pun menjatuhkan hukuman bahawa unta itu adalah milik si Yahudi sementara orang muslim itu akan dipotong tangannya. Lalu orang Muslim itu sedih kerana dituduh mencuri lantas berdoa kepada Tuhan;
“Tuhanku, dan baginda adalah PesuruhMu, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu,”

Seterusnya,lelaki itu berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar,akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini terlebih dahulu.”

Kemudian, Nabi Muhammad s.a.w pun bertanya kepad unta itu, “ Hai unta, milik siapakah engkau sebenarnya?” Lantas unta itu berkata, “ Wahai Pesuruh Allah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi ini adalah pendusta.”

Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada orang muslim itu, “ Wahai orang muslim, beritahu padaku apakah yang engkau lakukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh berkata-kata?”
Jawab orang muslim itu, “ Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali.”

“ Engkau telah selamat dari hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat juga dari siksaan akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku,” kata Rasulullah.

:: Membaca selawat sangat dianjurkan oleh Islam kerana pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Selawat boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa di dunia mahupun akhirat nanti. J



Wednesday 16 November 2011

Pahlawan Neraka

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



Suatu hari, satu pertempuran telah berlaku di antara pihak islam dengan pihak musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain. Tiba-tiba pertempuran itu diberhentikan seketika. Kedua-dua belah pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana, Nabi Muhammad dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlalu itu. Peristiwa yang baru mereka hadapi itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh,dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Kisah keberaniannya telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah segera menjawab ;
  “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Para sahabat memandang antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya lantas baginda berkata ;

            “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat di tikam oleh pihak musuh. Badannya penuh dengan darah. Segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata itu ke dalam dadanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia bukan mati kerana lawan dengan musuh, tetapi membunuh diri sendiri.

            Tambah Rasulullah, sebelum Qotzman mati dia ada mengatakan, katanya;
“Demi Allah, Aku berperang bukan kerana agama tetapi kerana menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”


Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim. 


Tuesday 8 November 2011

Cafe Cinta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


SENDA GURAU ANAK MURID & USTAZ:

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid...USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..MURID-MURID : Orait ustaz!Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?
Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...
USTAZ : Saya tak percaya lah....
MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..
USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?
Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...
USTAZ : Saya tak percaya lah....
MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..
USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...
USTAZ : Saya tak percaya lah....
MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..

USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...USTAZ : Saya tak percaya lah....
MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..
USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...USTAZ : Saya tak percaya lah....MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..

USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...



....

*hihihihi


Monday 7 November 2011

Kisah benar dari timur tengah

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


Suatu hari.. ketika zaman Islam baru mula nak berkembang, terserempaklah pemuda dengan seorang mak cik tua yang agak berumur. Mak cik tua ini sedang memikul barang-barang yang agak berat. Pemuda ini tanpa rasa ragu-ragu, terus bertemu dengan makcik tua ini untuk menolongnya mengangkat barang-barang tersebut. Mak cik tua tersebut dengan rasa rendah diri terus memberikan pemuda itu barang tersebut. Maka berjalanlah mak cik tersebut diiringi pemuda itu ke rumah mak cik tersebut. Dalam perjalanan.. tiba-tiba mak cik tua itu bersuara..

"Tahukah kamu wahai pemuda.. Kamu ini seorang yang sgt baik hati... sanggup kamu menolong aku yang tua ini dan menyusahkan diri kamu untuk berjalan ke rumah aku. Bukan macam seorang yang bernama Muhammad tu. Kamu kenal dia?? Dia tu dah la bawak ajaran sesat... Tak betul.. Gila ka apa... bla.. bla.. bla.." mak cik tua itu terus mengutuk pemuda yang bernama Muhammad itu sambil pemuda tadi mendengarnya dengan muka bersahaja.

Setelah sampai di rumah nya, maka pemuda itu pun meletakkan barang mak cik tua itu di suatu tempat. Kemudian berkata si mak cik tua itu,

"Kamu sangat baik hati.. Siapakah nama kamu wahai anak muda yang baik hati??"

Sambil tersenyum, pemuda itu memandang mak cik tua tersebut dan berkata,

"Muhammad..."

Maka ketahuilah mak cik tua itu bahawa lelaki yang bernama Muhammad yang dia kutuk-kutuk dan menghinanya tadi adalah pemuda yang berjalan dengan nya yang memikul barangnya sepanjang perjalanan tadi..
Dengan serta merta berkata mak cik tua itu

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Agak-agaknya kan...kalau la kita di tempat pemuda tadi...apakah tindakkan kita ? 

Mampukah hati kita untuk menahan sabar seperti Rasulullah s.a.w? 
TAPI....
Itulah Rasullulah S.A.W.. akhlak yang ditunjukkan kepada kita.. Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan menyejukkan hati siapa yang memandang. Sabar.. Relax. Cool.. Oleh itu, marilah sama-sama kita berselawat kepada Baginda S.A.W... tanda cinta kita kepada Baginda S.A.W :)

::Sumber: Ustaz Don (klik)
 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea