Friday 29 March 2013

Destinasi kita

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
"Ingatlah bahawa dunia ini bukan rumah sebenar kita. Ramai yang sangka dunia ini rumah sebenar mereka, ingatlah sabda Rasullullah s.a.w bahawa jadilah kamu di dunia ini sebagai para pengembara.
       Diibaratkan kamu menaiki keretapi dan kamu mempunyai tiga tiket yang akan pergi ke tiga destinasi. Destinasi yang pertama ialah perut ibu mu. Setelah cukup sembilan bulan kamu akan keluar dari perut ibu mu, lalu tiket pertama itu dikoyakkan. Kemudian kamu berada dalam destinasi kedua, iaitu dunia yang sementara ini dengan menghadapi berbagai jenis ujian sambil menunggu ke destinasi yang seterusnya, pada bila-bila masa (meninggalkan dunia). Kamu akan meneruskan perjalanan ketiga kamu, lalu tiket kedua tadi dikoyakkan. Kemudian kamu akan tunggu di dalam keretapi (maksudnya berada di alam akhirat, melalui mizan & titian sirat). Dan seterusnya kamu akan koyakkan tiket yang terakhir, dimana itu yang menjadi penentu sama ada kamu peroleh syurga atau neraka"


Photo by L.boy

Saturday 16 March 2013

Wasiat si hartawan

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

     Seorang hartawan bertaraf ‘billionaire’ di Turki, meninggalkan wasiat sebelum dia kembali ke Rahmatullah. Dia berwasiat supaya apabila dia meninggal dunia, ahli keluarganya hendaklah membalut jenazahnya dengan tiga helai kain. Itu wasiat biasa. Namun, apa yang menghairankan ahli-ahli keluarganya, hartawan ini juga berwasiat agar jenazahnya dipakaikan sepasang stoking.
               
Ahli-ahli keluarga merujuk wasiat itu kepada orang yang berilmu. Mereka berkata, harus mengkapankan jenazah itu dengan tiga helai kain, tetapi tidak harus memakaikannya dengan sepasang stoking.

Oleh itu, ahli-ahli keluarga pun memutuskan tidak  akan melaksanakan wasiat tentang pemakaian stoking kepada jenazah itu. Selepas jenazah disempurnakan, ahli-ahli keluarga si mati disuakan dengan sepucuk surat peninggalan hartawan tersebut.

Dalam surat terakhirnya, hartawan itu berkata;



dari buku : 100 Kisah Kehidupan, Zakaria Sungib

Sunday 10 March 2013

Sinar cahaya

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Kegelapan tidak akan hilang kerana dicerca
tapi akan pergi dengan hadirnya tangan-tangan
yang membawa cahaya.
-Diari Cinta 2013


Photo by a.nd.

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea