Seorang
hartawan bertaraf ‘billionaire’ di Turki, meninggalkan wasiat sebelum dia
kembali ke Rahmatullah. Dia berwasiat supaya apabila dia meninggal dunia, ahli
keluarganya hendaklah membalut jenazahnya dengan tiga helai kain. Itu wasiat
biasa. Namun, apa yang menghairankan ahli-ahli keluarganya, hartawan ini juga
berwasiat agar jenazahnya dipakaikan sepasang stoking.
Ahli-ahli keluarga merujuk
wasiat itu kepada orang yang berilmu. Mereka berkata, harus mengkapankan
jenazah itu dengan tiga helai kain, tetapi tidak harus memakaikannya dengan
sepasang stoking.
Oleh itu,
ahli-ahli keluarga pun memutuskan tidak
akan melaksanakan wasiat tentang pemakaian stoking kepada jenazah itu.
Selepas jenazah disempurnakan, ahli-ahli keluarga si mati disuakan dengan
sepucuk surat peninggalan hartawan tersebut.
Dalam surat terakhirnya, hartawan itu berkata;
![]() |
dari buku : 100 Kisah Kehidupan, Zakaria Sungib |
0 pemikir berseni:
Post a Comment