Showing posts with label Untaian kata. Show all posts
Showing posts with label Untaian kata. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

Kemuliaan Cinta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni



Alhamdulillah, entry kali ini teringin nak berkongsi tentang ‘kemanisan iman’. Baru lepas blogwalking ke blog-blog yang harapnya memberi manfaat. Ramai rupanya blogger yang selalu beri kata-kata nasihat dengan cara tersendiri. Kreatif. Lepas ni confirm nak singgah lagi (:

Ada yang tulis cerpen, tentang peritnya cinta. Ada yang berpuisi tentang cinta bila disusuli iman. Super creative. Memandangkan semua bercerita tentang cinta, jadi nak share jugalah kat sini tentang sebuah artikel dari buku Abdul Shahiid Shafruddin bertajuk Al-Fatihah; Perasaan & Fikiran Insan. Hadiah dari mak ayah, baru mula baca dah teruja.  Jom tambah ilmu sikit!


 :: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ::

“ Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai sembahan.
 Mereka mencintai sembahan mereka itu sepertimana mencintai Allah.
Akan tetapi orang yang beriman lebih mencintai Allah..”
Al-Baqarah : 156

CINTA, pada dasarnya merupakan hal yang paling penting dalam merealisasikan sebuah keikhlasan. Perasaan cinta membuatkan seseorang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Contahnya seperti cinta seorang ibu yang sangat ikhlas mencurahkan kasih sayangnya kepada anak.

Kuasa cinta seringkali diiktiraf kehebatannya. Bahkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w merupakan hal yang dapat memberikan kemanisan iman. Dari Anas r. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,”Tiga perkara yang jika kita berada di dalamnya, nescaya akan merasakan kemanisan iman :

ü  
+Pertama, hendaklah Allah s.w.t dan RasulNya menjadi yang paling dicintai daripada selain keduanya.

+Kedua, hendaklah seseorang itu mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah.
ü 
+Ketiga, hendaklah seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia membenci tatkala dilemparkan ke dalam api neraka.
Ibadah yang dikhususkan kepada Allah s.w.t perlu mengandungi aspek kecintaan ini sebagai pengukuh. Apabila kita mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya, kita telah meletakkan cinta mereka di tempat yang sangat tinggi sehinggakan kita sanggup membuat apa saja. Ketika hal ini berlaku, kita berada di dalam golongan orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya, maka ketika itulah kemanisan iman itu dapat dirasakan. 





Monday, 5 March 2012

Heart of Muslim

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Rapuh dirimu diuji,
Reputnya hati pabila iman terpesong,
Kadang kata jadi intan permata,
kadang kata jadi pedih terbisa.
Ya Allah Rabbul Izzati,
Kau hadirkanlah ketenangan
dalam tiap jiwa-jiwa yang dahagakan kasihMu,
Kau limpahkan kebahagiaan 
dalam hati orang-orang yang sabar menempuh ujianMu.
Sungguh Kau Pemilik Segala Nikmat
Kau Pemberi Segala Rahmat.


Saturday, 11 February 2012

Jahatkah wanita ?

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Ulasan dan titisan ilmu dikongsi dari blog Fatimah Syarha


Antara Hadis dan Tafsiran Hadis

“Fitnah wanita.”
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)
Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah…
Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan semuanya jahat…”

Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan

Hakikatnya, potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan ada pada kedua-dua makhluk Allah, lelaki dan wanita. Wanita ada kelemahan. Lelakipun ada kelemahan. Wanita ada kelebihan. Lelakipun ada kelebihan.
”Maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka  baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain.” ( Aali-Imran : 195 ).
Luasnya Maksud Fitnah
Dr Yusuf al-Qaradhawi membela, “Berwaspada  terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya  dari mengingati Allah dan hari akhirat.”
Bukankah Allah SWT juga pernah memberi peringatan tentang fitnah harta dan anak-anak? Firman Allah Taala yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” 
( Munafiqun : 9 )
Mengikut tafsiran ayat ini, adakah ia bermaksud harta dan anak-anak itu semuanya jahat? Tiada kebaikan langsung daripadanya? Adakah Islam mengajar kita memusuhi harta sebagaimana golongan sami yang langsung tidak mengumpul harta? Adakah Islam mahu kita mencontohi golongan paderi yang tidak dibolehkan berkahwin dan mempunyai anak?
Tidak!

Fitnah Harta dan Anak-anak

Hal ini seterang mentari dijelaskan dalam al-Quran. Allah menunjukkan sikap yang adil (meletakkan sesuatu kena pada tempatnya) dalam menyingkap maksud sebenar yang Dia mahu kita fahami.
Tengok!
Di tempat yang lain, Allah SWT menyebut harta itu sebagai “ kebaikan “. Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya,
“ Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)
Malah, pengurniaan anak cucu kepada hamba-Nya, Allah sandingkan sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik-baik.
Firman Allah SWT : “Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu  isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik.” 
( Nahl : 72 )
Bermakna anak-anak dan harta, asal kedua-duanya adalah baik. Ia jadi fitnah apabila kita tidak menguruskan dan mendidiknya dengan baik.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,di sisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),
Dr Yusuf al-Qaradhawi berpesan: “Memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.”
 Berawaslah!
            Terima-kasih buat Nabi yang memberi ingatan tentang fitnah wanita kepada kaum lelaki. Fitnahnya memang amat besar. Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur dengannya.
Pesona luaran wanita memang memukau. Mampu menjadikan orang sasau. Ditambah lagi, sifat semulajadi manusia termasuklah lelaki suka bertindak secara gopoh gapah dalam menilai luaran. 
Wanita yang kusayangi, pada zaman ini, kita mendapati ujian wanita sudah sampai ke tahap  zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya. Disanjung, dipuja dan didewa-dewa padahal golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan. Berawaslah!

 Kembalilah Wanita Pada Kemulianmu

Pesan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.”
Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia, insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat, Dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.


Friday, 30 December 2011

Al-A'raf

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


55. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. 
Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah ianya diciptakan dengan baik.
Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap.
Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

57. Dialah yang meniupkan angin sebagai  pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan
rahmat-Nya (hujan). Sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, 
Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. 
Kemudian Kami turunkan hujan itu dengan berbagai macam buah-buahan. 
Seperti itulah Kami bangkitkan orang yang telah mati
mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Wednesday, 30 November 2011

Antara jilbab kerana hati & Syurga

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni




Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab, 
"Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab."

Sudah banyak orang menanyakan mau pun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. 
Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

"Assalamu'alaikum, saudariku...."

"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum, 
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."

"Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi, 
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."

"Alhamdulillah.."

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka.
Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.

"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu..tunggu aku.."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, 
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, 
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membedakan dengan diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, 
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..

Sumber : (link)

:: MashaAllah..tak semestinya alasan ikhlas di hati dah cukup untuk kita masuk syurga tanpa menjaga perkara-perkara wajib yang lain. Percaya juga pada hukum karma, setiap perbuatan pasti ada balasannya.  Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu alpa, sibuk mencari kekurangan orang lain, caci sana sini dan berbangga pula diri sudah cukup iman, mantap bekalan. Sesungguhnya Allah menyeru hambaNya untuk menuntut ilmu, mencari apa yang kurang, menutup mana yang cacat. Sebarkanlah mana yang perlu dan tutuplah mana yang aib. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap perbuatan hambanya.



Saturday, 22 October 2011

:: Peringatan Sesama Insan ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni
1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.

2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam

4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.

5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.

6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.

7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.

8. Jangan mengumpat.

9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang (*mengikut batasan syariat).

10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.



 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea