Tuesday, 25 December 2012

Bersyukurlah

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari:  

”Wahai tuan… Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku.” 

Imam Sahl menjawab:  

”Bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu.”


Friday, 23 November 2012

Dengan nama-Mu Ya Rabbi

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni



“ Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku agar aku mampu melemparnya 
sekiranya fatamorgana ini melalaikan, dan letakkan lah akhirat di hati 
agar cinta pada-Mu sentiasa bersemadi di dalam hati”

Monday, 23 July 2012

Kisah Pemuda Pemabuk

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni

Diriwayatkan daripada Yusuf Bin Husain : “Aku pernah berada di pinggiran sebuah pantai bersama Dzun Nun al-Mishri. Di sana aku sempat menyaksikan seekor kala jengking yang ukurannya melebihi biasa. Ia didatangi seekor katak dan kala jengking itu naik ke atas belakangnya. Kemudian sang katak berenang menuju ke suatu arah. Melihat hal tersebut, Dzun Nun pun berkata, ‘Pastilah kala jengking itu mempunyai tujuan tertentu, mari kita selidik!’

Kami pun mengikut ke mana hala si kala jengking di bawa pergi oleh si katak tersebut. Akan tetapi, secara tidak sengaja kami menjumpai seorang pemabuk yang sedang tertidur. Beberapa saat kemudian, seekor ular menghampiri pemabuk tadi. Ular itu merayap dari bahagian pusat ke bahagian dada. Kala jengking tadi lalu melekat pada badan ular dengan kuatnya dan terus menyengat ular itu sehingga mati. Kemudian kala jengking bergerak menuju ke pantai dan datanglah si katak tadi menjemputnya dan berlalulah kedua-dua makhluk tersebut.




Dzun Nun lantas membangunkan si pemabuk tadi dan bertanya kepadanya, ‘Hai pemuda! Lihatlah apa yang Allah buat untuk menyelamatkanmu! Seekor kala jengking telah datang kemudian membunuh ular yang ingin mematukmu!’
Dzun Nun seterusnya membacakan sebuah syair;

Wahai manusia yang lupa
Yang selalu dijaga oleh Zat Yang Maha Agung
Daripada kejahatan yang datang dalam kegelapan
Bagaimana mungkin mata ini boleh terus terpejam
Daripada Sang Penguasa
Yang mengurniakan beberapa kenikmatan

Mendengar untaian syair yang dibaca oleh Dzun Nun itu, si pemuda itu bangun dan berkata, ‘Tuhanku, ini adalah sesuatu yang telah Engkau lakukan terhadap hambaMu yang derhaka, lalu bagaimana kasih-sayangMu yang Engkau berikan kepada orang yang taat?’
Setelah berkata demikian, si pemuda itu pergi dan aku pun berkata kepadanya, ‘Hendak kemana kamu?’
‘Aku akan ke Gurun Sahara. Demi Allah, aku selamanya tidak akan kembali ke kota lagi!’ jawab pemuda itu.”

[Terjemahan Kitab Mukhtasharu Kitabit-Tawwabin karya Ibnu Qudamah al-Maqdisy]

Saturday, 21 July 2012

Amalan Keliru di bulan Ramadhan

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni





Berpuasa sebagai adat, bukan ibadat.Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama untuk berpuasa.

Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.

Meninggalkan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada pula yang bangun lewat sehingga tertinggal solat subuh.

Ibadat solat fardhu dan solat sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan.

Bersungguh-sungguh melakukan solat sunat terawih dan solat sunat witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.

Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.

Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah di awal Ramadhan sahaja dan mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk menguruskan persiapan hari raya. Sedangkan jelas kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan di dalam hadis.

Membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.

Menganggap berpuasa sebagai waktu rehat. Masa dihabiskan dengan melakukan amalan yang sia-sia.

Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. Tidak sedikitpun cuba untuk membuang sifat bakhil dan kedekut.

Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah, sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.

Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah s.a.w menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya supaya diagihkan lebih awal kepada umat Islam yang berhak menerimanya.

Tuesday, 12 June 2012

Kemuliaan Cinta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni



Alhamdulillah, entry kali ini teringin nak berkongsi tentang ‘kemanisan iman’. Baru lepas blogwalking ke blog-blog yang harapnya memberi manfaat. Ramai rupanya blogger yang selalu beri kata-kata nasihat dengan cara tersendiri. Kreatif. Lepas ni confirm nak singgah lagi (:

Ada yang tulis cerpen, tentang peritnya cinta. Ada yang berpuisi tentang cinta bila disusuli iman. Super creative. Memandangkan semua bercerita tentang cinta, jadi nak share jugalah kat sini tentang sebuah artikel dari buku Abdul Shahiid Shafruddin bertajuk Al-Fatihah; Perasaan & Fikiran Insan. Hadiah dari mak ayah, baru mula baca dah teruja.  Jom tambah ilmu sikit!


 :: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ::

“ Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai sembahan.
 Mereka mencintai sembahan mereka itu sepertimana mencintai Allah.
Akan tetapi orang yang beriman lebih mencintai Allah..”
Al-Baqarah : 156

CINTA, pada dasarnya merupakan hal yang paling penting dalam merealisasikan sebuah keikhlasan. Perasaan cinta membuatkan seseorang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Contahnya seperti cinta seorang ibu yang sangat ikhlas mencurahkan kasih sayangnya kepada anak.

Kuasa cinta seringkali diiktiraf kehebatannya. Bahkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w merupakan hal yang dapat memberikan kemanisan iman. Dari Anas r. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,”Tiga perkara yang jika kita berada di dalamnya, nescaya akan merasakan kemanisan iman :

ü  
+Pertama, hendaklah Allah s.w.t dan RasulNya menjadi yang paling dicintai daripada selain keduanya.

+Kedua, hendaklah seseorang itu mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah.
ü 
+Ketiga, hendaklah seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia membenci tatkala dilemparkan ke dalam api neraka.
Ibadah yang dikhususkan kepada Allah s.w.t perlu mengandungi aspek kecintaan ini sebagai pengukuh. Apabila kita mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya, kita telah meletakkan cinta mereka di tempat yang sangat tinggi sehinggakan kita sanggup membuat apa saja. Ketika hal ini berlaku, kita berada di dalam golongan orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya, maka ketika itulah kemanisan iman itu dapat dirasakan. 





Saturday, 9 June 2012

Pengalaman hamba Allah ke Bumi Palestin

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


Terpanggil untuk share sedikit pengalaman seorang hamba Allah yang pernah ke Palestin.
Kata beliau, sewaktu berada disana sebaik masuknya waktu solat,  
team lawatan bergegas cari tempat untuk ambil wudu'. 
Tapi orang Palestin bila masuk waktu saja terus sempurnakan saf.
Mula-mula mereka pelik, kemudian salah seorang 'tour guide' kat sana maklum bahawa
orang-orang Palestin ni sentiasa dalam keadaan berwudu'. All the time.
Sebab bagi mereka, kematian itu datang bila-bila waktu. Dan mati dalam keadaan 
berwudu' itu satu kehormatan. MashaAllah. Malu sendiri bila terfikir.

Satu lagi cerita, sewaktu baru-baru sampai, terus orang-orang di sana menyambut 
dengan senyuman dan pelukan sambil ucap, "Selamat kembali ke tanah airMu'.
Bila tanya ustaz, rupanya memang benar ada Hadis Muslim menyatakan terdapat beberapa 
buah tempat telah diwakafkan untuk orang-orang Islam.
Dan salah satu dari nya ialah Palestin. (Ada 4 buah tempat semuanya) . 
Now I know why we have to fight for it. 
Di Palestin, takkan nampak seorang pun peminta sedekah. 
Takkan nampak diwajah mereka dalam kesusahan 
disebabkan peperangan melainkan yang ada ialah senyuman beserta zikirullah. 
Disana, ketika dalam keadaan berperang, suasana bersungguh-sungguh perang. 
Bila tiada perang, MashaAllah sangat aman. Tersesatlah kemana-mana 
kawasan pun disana, selagi berpegang dengan Islam, 
inshaAllah dengan jaminan kita akan terselamat.

Okay, ni last nak kongsi. Biasanya kalau berperang habis bangunan ranap.
Tapi di Palestin, cepat je recover. Eh, macam mana ya?
Mereka ada lorong rahsia bawah tanah. Beratus-ratus lubang.
Kalau pergi sana, jangan terkejut tiba-tiba ada lori angkut batu-batu keluar dari lubang tanah.
Kadang-kadang ada pelawat yang tak dapat permission masuk sana (contohnya isteri kepada hamba Allah yang share pengalaman ni) masuk Palestin guna terowong bawah tanah tu lah.


:)  maaf tak dapat kongsi secara details. Rugi tak record je masa beliau tengah cerita. 
Pastu pos je video kat sini kan. Sorry, next time maybe :) 
. Till next post. Inshallah. 
.WASALAM.

Monday, 14 May 2012

Buat Palestin

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Sebarkan semangat, salurkan rasa cinta sesama muslim.
 Tak mampu buat dgn perbuatan, buat dgn lidah, 
tak mampu buat dgn lidah buat dgn hati..
tak mampu buat dengan hati, jangan sampai hati mati.


Sunday, 8 April 2012

Kerana mata

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 5 pemikir berseni
Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”

Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”

Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.

Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”

Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”

Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku” Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup.

Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”

Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.

Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.


Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”

Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”

Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang di larang oleh Allah S.W.T.

Wahai saudaraku tutuplah aurat sebab bakal yang akan melihat aurat itu terdiri dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara.Dan apabila seseorang itu cinta kepada bentuknya yang ghairah maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah. (:

Tuesday, 27 March 2012

Nabi Idris A.s diangkat martabat

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Dan sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bolehkah engkau membawa aku melihat syurga dan neraka? kata beliau.
“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi kamu meminta perkara yang aneh,” kata Izrael.
Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya."Ya Nabi Allah, mengapa kamu ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.
“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.
Waktu mereka sampai ke neraka, Nabi Idris terus pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan.  Dia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang derhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan pelbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan berbanding tempat ini. Dengan tubuh yang lemah Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu syurga yang sangat tampan.
Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Sesiapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau  tanpa bisa berkata-kata apabila melihat pemandangan yang sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris berulang-ulang.
Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya diperbuat daripada emas dan perak. Ada juga istana-istana bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum. Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan. Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”
“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang diperbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur sekali kerana dapat menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enaknya. Tak pernah terbayang olehnya ada minuman selazat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.
Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat akan keindahan dan kenikmatan syurga Allah. “Saya tidak mahu keluar dari syurga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.
“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni syurga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael. “Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.
Firman Allah: “Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).



Friday, 16 March 2012

Siapa Tercipta Untuk Ku ?

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni















 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea