Sunday 21 April 2013

Kematian Umar Al Khattab

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.

Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.


“Siapa yang menikamku?” tanya Umar al Khattab.


“Abu Lu’lu’ hamba Mughirah Syu’bah,” jawab Abdullah.


“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam,” ujar Umar al Khattab.


Datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum tetapi minuman itu keluar dari perutnya yang luka. 


“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya,” kata tabib itu.


Orang ramai menangis tetapi ditegah oleh Umar dengan berkata. 

“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”

Kemudian Umar al Khattab memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah saw mohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur baginda. Aisyah membenarkan dengan berkata . “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”


“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Al Mughirah.


“Demi Allah, aku haramkan keluarga dari jawatan ini…” jawab Umar al Khattab.


Kemudian Umar al Khattab menamakan 6 orang sebagai calun khalifah mereka ialah Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas. Mereka akan dipilih oleh ahli majlis syura.


Kemudian Umar al Khattab memberi wasiat kepada anaknya Abdullah bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak 8 ribu dirham. “Jual semua hartaku untuk membayarnya. Jika tidak cukup kamu yang membayarkannya.”


Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui tuhannya.”


Jenazah Umar al Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah saw dan Abu Bakar as Siddiq.


Orang yang turun ke liang lahad adalah Uthman Affan, Sa’id bin Zaid, Suhaib bin Sinan dan Abdullah bin Umar.


Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini. Setelah menziarahi dan berdoa di makam Nabi Muhamad saw dan Abu Bakar teruslah berdoa untuk Umar al Khattab pula.


“Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam secara terang-terangan. Salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al Faruq yang memisahkan antara yang benar dan salah, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang dan engkaulah yang menjadikan agama Islam kuat dan gagah. Maka terima lah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.”Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.


Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.


“Siapa yang menikamku?” tanya Umar al Khattab.


“Abu Lu’lu’ hamba Mughirah Syu’bah,” jawab Abdullah.


“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam,” ujar Umar al Khattab.


Datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum tetapi minuman itu keluar dari perutnya yang luka. 


“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya,” kata tabib itu.


Orang ramai menangis tetapi ditegah oleh Umar dengan berkata. 

“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”

Kemudian Umar al Khattab memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah saw mohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur baginda. Aisyah membenarkan dengan berkata . “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”


“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Al Mughirah.


“Demi Allah, aku haramkan keluarga dari jawatan ini…” jawab Umar al Khattab.


Kemudian Umar al Khattab menamakan 6 orang sebagai calun khalifah mereka ialah Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas. Mereka akan dipilih oleh ahli majlis syura.


Kemudian Umar al Khattab memberi wasiat kepada anaknya Abdullah bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak 8 ribu dirham. “Jual semua hartaku untuk membayarnya. Jika tidak cukup kamu yang membayarkannya.”


Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui tuhannya.”


Jenazah Umar al Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah saw dan Abu Bakar as Siddiq.


Orang yang turun ke liang lahad adalah Uthman Affan, Sa’id bin Zaid, Suhaib bin Sinan dan Abdullah bin Umar.


Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini. Setelah menziarahi dan berdoa di makam Nabi Muhamad saw dan Abu Bakar teruslah berdoa untuk Umar al Khattab pula.


“Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam secara terang-terangan. Salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al Faruq yang memisahkan antara yang benar dan salah, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang dan engkaulah yang menjadikan agama Islam kuat dan gagah. Maka terima lah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.”



Saturday 20 April 2013

Peringatan buat pendosa macam kita

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwa lah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi MMengasihani."
Surah Al-Hadid : 28

Photo by Siti Sara Nursakinah

Friday 29 March 2013

Destinasi kita

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
"Ingatlah bahawa dunia ini bukan rumah sebenar kita. Ramai yang sangka dunia ini rumah sebenar mereka, ingatlah sabda Rasullullah s.a.w bahawa jadilah kamu di dunia ini sebagai para pengembara.
       Diibaratkan kamu menaiki keretapi dan kamu mempunyai tiga tiket yang akan pergi ke tiga destinasi. Destinasi yang pertama ialah perut ibu mu. Setelah cukup sembilan bulan kamu akan keluar dari perut ibu mu, lalu tiket pertama itu dikoyakkan. Kemudian kamu berada dalam destinasi kedua, iaitu dunia yang sementara ini dengan menghadapi berbagai jenis ujian sambil menunggu ke destinasi yang seterusnya, pada bila-bila masa (meninggalkan dunia). Kamu akan meneruskan perjalanan ketiga kamu, lalu tiket kedua tadi dikoyakkan. Kemudian kamu akan tunggu di dalam keretapi (maksudnya berada di alam akhirat, melalui mizan & titian sirat). Dan seterusnya kamu akan koyakkan tiket yang terakhir, dimana itu yang menjadi penentu sama ada kamu peroleh syurga atau neraka"


Photo by L.boy

Saturday 16 March 2013

Wasiat si hartawan

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

     Seorang hartawan bertaraf ‘billionaire’ di Turki, meninggalkan wasiat sebelum dia kembali ke Rahmatullah. Dia berwasiat supaya apabila dia meninggal dunia, ahli keluarganya hendaklah membalut jenazahnya dengan tiga helai kain. Itu wasiat biasa. Namun, apa yang menghairankan ahli-ahli keluarganya, hartawan ini juga berwasiat agar jenazahnya dipakaikan sepasang stoking.
               
Ahli-ahli keluarga merujuk wasiat itu kepada orang yang berilmu. Mereka berkata, harus mengkapankan jenazah itu dengan tiga helai kain, tetapi tidak harus memakaikannya dengan sepasang stoking.

Oleh itu, ahli-ahli keluarga pun memutuskan tidak  akan melaksanakan wasiat tentang pemakaian stoking kepada jenazah itu. Selepas jenazah disempurnakan, ahli-ahli keluarga si mati disuakan dengan sepucuk surat peninggalan hartawan tersebut.

Dalam surat terakhirnya, hartawan itu berkata;



dari buku : 100 Kisah Kehidupan, Zakaria Sungib

Sunday 10 March 2013

Sinar cahaya

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Kegelapan tidak akan hilang kerana dicerca
tapi akan pergi dengan hadirnya tangan-tangan
yang membawa cahaya.
-Diari Cinta 2013


Photo by a.nd.

Tuesday 15 January 2013

Kerana Selawat

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Perkongsian dari sahabat-sahabat di Team Hijrah.


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

Allahuakbar.

اللَّـهُمَّ صَــلِّ عَـلَى مُـحَـمَّـدٍ ، اللَّـهُمَّ صَــلِّ عَـلَـيْهِ وَسَـلِّـمْ

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Photo by destinationonjannah

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea