Sunday 22 May 2011

:: Nasib Hamba Allah ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
     Pada suatu hari terdapat seorang lelaki tua yang soleh. Hidupnya sederhana dan tinggal di tepi pantai. Kerjanya sehari-hari ialah mengail ikan. Pengail itu ada seorang isteri yang solehah dan sangat sabar menempuh hidup mereka yang susah payah itu. Hidup mereka bergantung kepada kepada hasil laut. Kalau cuaca elok dan keadaan laut baik maka banyaklah hasil yang diperolehi. Tetapi jika laut bergelora dan keadaan tidak menentu cerah dan gelap terpaksalah mereka menghadapi hari itu dengan seadanya.

     Biarpun segalanya serba sederhana tetapi kerana keimanan dan keyakinan bahawa rezeki itu adala urusan Allah, maka tidak pernah mereka bersungut dan mengeluh. J Mereka sentiasa bertawakal kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah anugerah biarpun terlalu sedikit, tetap diterima dengan rasa syukur yang tidak terhingga.

     Suatu pagi, keadaan cuaca sangat baik. Setelah menunaikan solat dhuha, lelaki pengail itupun bersiap untuk pergi ke laut menangkap ikan.  Sebelum ke laut :

Si pengail : Wahai isteriku, telah berhari-hari cuaca buruk dan laut bergelora lantaran itu tidak adalah rezeki untuk kita. Tetapi hari ini syukur kepada Allah kerana cuaca amat baik.

Si isteri     : Pergilah wahai suamiku, semoga Allah akan memberkati kita hari ini J

     Di sebuah batu yang besar di pinggir laut, duduklah si pengail yang tua itu sambil menaruh umpan pancingnya. Kemudian seperti biasa dibiarkan mata pancingnya terbenam menanti disambar ikan. Sementara itu dia berzikir sambil menunggu ada ikan yang memagut mata kailnya itu. Dengan hati yang sabar dan tawakkal yang tiak pernah kurang, lelaki itu terus menanti. Setelah sekian lama menanti tidak ada juga walau seekor ikan pun yang terkena mata pancingnya. Lelaki itu pun merintih dalam hati , “ Bagaimanakah nanti andainya tidak ada rezeki untukku hari ini,sedangkan sudah berhari-hari aku tidak dapat menyediakan apa-apa hidangan yang sempurna..”

     Kemudian lelaki itu menadah tangannya ke langit. “ Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini. Telah berhari-hari aku tidak dapat mencari rezeki sehingga tidak ada apa-apa untk dimakan oleh keluargaku. Berilah aku rezeki yanh halal dengan rahmatMu.”

     Tidak lama kemudian, mata kailnya terasa disentak. Cepat-cepat pengail ikan itu menarik kailnya yang terasa berat. Apabila dia mengangkat kailnya, dia terlihat seekor ikan yang sangat besar. Mata lelaki itu bersinar penuh kegembiraan. Berkali-kali dia mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada  Allah s.w.t. Dia pun pulanglah ikan itu ke rumah. Dia berkira-kira di dalam hati bahawa ikan itu kalau dijual dapat menampung pebelanjaan selama tiga hari. Dari jauh lagi dia telah memanggil isterinya. Isterinya sungguh gembira melihat ikan tersebut.

Tiba-tiba datang seorang polis dengan menaiki seekor kuda...

Polis         : Apakah yang ada di dalam kantungmu yang besar itu?
Si pengail : Ikan tuan.

Hati pengail itu mula bimbang polis itu akan merampas ikannya. Sudah menjadi kebiasaan di negeri itu, polis berhak berbuat sesuka hati mereka. Dan apa yang dibimbangkannya benarbenar terjadi. Polis itu merampas ikan pengail dan membawanya pergi.

Si pengail : Kita tidak ada rezeki. Ikan itu telahpun dirampas oleh polis yang kejam itu L
Si isteri     : Bersabarlah wahai suamiku. Biarlah polis itu merampas hak kita. Allah pasti akan membalas kesalahannya itu. Esok turunlah ke laut. InshaAllah, Tuhan akan memberi rezeki yang lebih baik lagi.

Apabila mendengar kata-kata isterinya itu, hati pengail tersebut menjadi tenang kembali. Setelah selesai menunaikan solat pada malam itu, si pengail ikan itu pun berdoa kepada Allah s.w.t.

     “ Ya Tuhanku, Engkau telah menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Kau ciptakan polis itu dalam memiliki kekuatan. Tetapi dia telah menggunakan kekuatannya itu untuk menganiaya aku.  Jadi Kau lemahkanlah polis itu di tangan orang yang lebih kuat darinya sebagai pengajaran kepada orang lain agar jangan menjadi seorang manusia yang zalim.”

     Tidak berapa lama selepas itu, tersebarlah kisah seorang polis di negeri itu telah dijangkiti oleh sejenis penyakt yang aneh. Polis itu dikatakan telah membawa pulang seekor ikan yang besar ke rumahnya sebelum terkena penyakit itu. Ikan itu telah dimasak kemudian dihidangkan kepadanya. Sebaik sahaja polis itu hendak menyentuh ikan tersebut, tangannya telah disengat oleh ikan itu.Sengatan itu telah menyebabkan tangan polis itu luka. Walaupun telah ramai doctor yang cuba mengubati penyakitnya tetapi tetap juga tidak sembuh. Akhirnya tangan polis itu terpaksa dipotong.

     Pada suatu malam, polis itu telah bermimpi, ada seorang lelaki tua menyuruhnya memulangkan semula ikan yang telah dirampasnya dahulu. Apabila tersedar dari tidurnya, dia segera teringat kembali tentang ikan yang dirampasnya dari seorang pengail tempoh hari. Tanpa membuang masa lagi, polis itu pergilah ke rumah pengail ikan tersebut. Sebaik sahaja tiba di sana, polis itu terus melutut  di hadapan pengail itu dan merayu-rayu meminta ampun dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Polis itu juga memberikan seribu dirham kepada si pengail sebagai tanda dia bertaubat atas perlakuannya itu.

     Alangkah terkejutnya polis itu apabila mendapati tangannya yang dipotong dahulu telah ada kembali seperti sediakala. Dia merasa gembira dan mengucapkan syukur pada Ilahi. Subhanallah, hebatnya kuasa Tuhan yang mengkehendakinya begitu. Wallahu'alam J

Wednesday 18 May 2011

:: Give Thanks To Allah ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
 By Michael Jackson 





Tuesday 17 May 2011

:: Rugi orang Bakhil ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 2 pemikir berseni
     Saidatina Siti Aisyah pernah bercerita bahawa pada suatu hari datanglah seorang gadis berjumpa Rasulullah s.a.w dengan wajah sedih terbayang di wajahnya sesuatu yang menyusahkan hatinya. Gadis yang tangannya sakit itu berkata, “Wahai Rasulullah, tolonglah saya. Tangan saya ini sakit tidak tertahan. Sudilah kiranya wahai kekasih Allah doakan agar sakit tangan saya ini segera sembuh.”

     Rasulullah s.a.w diam sebentar, sambil memerhatikannya dengan penuh hiba.

Rasulullah s.a.w : Hai Jariah! Apa sebab tangan kamu terbakar?

Gadis :    Malam tadi, saya bermimpi dan tersedar dari mimpi lalu bangun dari tidurku, saya lihat tangan kanan sudah terbakar seperti ini.

Rasulullah s.a.w : Kalau begitu, ceritakan kepadaku mengenai mimpi itu.

Gadis : Malam tadi saya bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba. Dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan begitu mengerikan dan keadaan itu tidak pernah saya lihat sebelum ini. Terlihat pula orang yang menjadi penghuni neraka jahanam yang menjulang-julang apinya. Di tempat lain pula saya lihat syurga terbuka luas. Bila saja saya melihat ngerinya api neraka jahanam itu menyebabkan saya jatuh pengsan. Setelah sedar, saya lihat lagi adanya jurang-jurang neraka yang sangat menakutkan. Alangkah terkejutnya saya menyaksikan ibu ada di dalam neraka itu. Keadaannya sungguh menyedihkan. Tentu sekali saya hairan kerana tempat itu tidak layak dengan amalnya di dunia.

Rasullullah s.a.w : Bagaimanakah keadaan ibumu ketika di dunia?

 Gadis : Ibu saya ya Rasulullah, adalah seorang yang kuat beribadat, taat kepada suaminya dan selalu sabar. Tidak pernah dimarahi oleh ayah kerana tingkah laku ibu yang menyenangi dan mentaati ayah.

Rasulullah s.a.w : Tetapi apa sebabnya ibumu sampai berada di dalam neraka yang azab itu?

Gadis : Kemudian ya Rasullullah, saya pun menanyakan kepada ibu sebab dirinya sampai masuk ke tempat yang hina itu. Maka kata ibu dalam mimpi saya itu, bahawa tempat neraka yang dihuninya itu adalah tempat untuk orang-orang yang bakhil sewaktu di dunia. Hanya secarik kain dan sepotong lemak yang dibawanya pernah di sedekahkannya di dunia dulu. Hanya dengan sedekah itu sahajalah ibuku dapat berlindung dari azab neraka itu. Lalu saya bertanya ibu, di manakah ayah? Lalu jawabnya, ayah berada di sebelah sana dan tempatnya di syurga. Saya pergi ke tempat ayah berbahagia. Di sana saya dapati ayah sedang memberi minuman kepada teman-temannya. Air yang ada di dalam gelas itu diambil dari tangan Saidina Ali. Saidina Ali pula mengambil gelas itu dari tangan Saidina Umar, manakala Saidina Umar pula dari tangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w mendengar gadis itu bercerita dengan teliti. Gadis itu menyambung lagi.

Gadis : Saya bertanya pada ayah, mengapa tidak diberi minuman itu pada ibu, malah diberinya pada orang lain? Kata ayah, “ Sesungguhnya ibumu berada di tempat orang yang bakhil, orang-orang maksiat dan orang yang dimurkai Allah. Oleh itu, Allah telah mengharamkan mereka minum dari air telaga Rasulullah s.a.w ini.” Ya Rasulullah, ketika saya mendengar jawapan ayah, lantas saya mengambil segelas air dari telaga itu untuk diberikan kepada ibu. Ketika ibu sedang minum, keluar suara yang menakutkan. Allah telah membakar tanganku yang telah memberi minuman kepada orang telah melakukan maksiat dan orang yang bakhil dari air telaga Rasulullah. Suara yang bergema itulah menyebabkan saya tersedar dari mimpi.

Setelah itu Rasulullah s.a.w menceritakan semula apa yang telah dimimpikan oleh gadis itu bahawa sifat bakhil  ibunya telah membuatkan dirinya sengsara di dunia dan keadaannya begitu azab di akhirat.
Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan tongkatnya di tangan gadis yang terbakar itu sambil berdoa, “ Ya Allah, demi mimpi yang telah diceritakan oleh gadis ini, semoga Engkau menjadikannya baik dan sembuhkan tangan hambaMu ini”. Setelah Rasulullah s.a.w mendoakannya, sembuhlah tangannya seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t. 




Dengan itu fahamlah kita bahawa orang bakhil, orang yang selalu mementingkan diri sendiri, orang yang suka melihat orang lain menderita dengan mengumpul harta untuk kesenangan sendiri sehingga lupa membelanjakannya kepada jalan Allah s.w.t maka termasuklah mereka seperti dalam cerita tadi.
Mudah-mudahan kita terhindar dari sifat itu yang menyebabkan kita mendapat azab yang pedih di akhirat dan selalulah kita berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan tolong-menolong dalam mengerjakan amar-makruf dan nahi mungkar. Amin. J

Sunday 15 May 2011

:: Penciptaan Isi Alam ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata,

" Rasulullah s.a.w telah memegang tanganku lalu berkata; " Allah 'Azza Wajalla telah mencipta tanah pada hari Sabtu, Dia juga mencipta gunung-ganang dan bukit bukau pada hari Ahad. Dia mencipta pokok-pokok pada hari Isnin, bahan keperluan hidup seperti besi dan sebagainya pada hari Selasa. Dia mencipta cahaya pada hari Rabu, memcipta haiwan-haiwan dan menyebarkannya pada hari Khamis.." 

[Diriwayatkan oleh Muslim (4998)]


Friday 13 May 2011

:: Istimewa Hari ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


HARI AHAD

  • Perkataan Al-Ahad dalam Bahasa Arab merujuk kepada perkataan wahid dan ahad; satu.
  • Berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah Nabi s.a.w, jelas sekali bahawa Allah s.w.t telah mencipta langit, bumi, dan isi-isinya dalam masa enam hari, iaitu dari hari Ahad sehingga penghujung hari Jumaat.
  • Pada hari ketujuh, iaitu Sabtu, Allah s.w.t tidak mencipta sebarang jenis makhluk lain lagi.

HARI ISNIN
  • Perkataan Al-Isnain  dalam Bahasa Arab merujuk kepada perkataan Isnain iaitu dua.
  • Berdasarkan sunnah Nabi s.a.w, disunatkan berpuasa pada hari Isnin pada setiap minggu, kerana pada hari isnin, segala amalan dibentangkan kepada Allah s.w.t. 
  • Padanya juga, Nabi s.a.w dilahirkan, dibangkitkan sebagai Rasul, diturunkan Al-Quran kepada baginda dan sebagainya.
Antara peristiwa yang berlaku :

Nabi s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, dilantik menjadi nabi pada hari Isnin, diwafatkan pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah pada hari Isnin, sampai di Madinah pada hari Isnin, dan mengangkat Hajar Aswad pada hari Isnin.
[Diriwayatkan oleh Ahmad (2376)]

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada Isnin, 12 Rabi'ul Awwal, tahun 11 Hijriyyah. Baginda wafat antara waktu Subuh dengan Zuhur. Ketika itu umur baginda mencecah 63 tahun 4 hari. Sebelun itu, baginda mula jatuh sakit pada hari Isnin, 28 atau 29 Safar tahun 11 Hijriyyah, setelah pulang daripada menghadiri satu jenazah di Al-Baqi. Ketika dalam perjalanan pulang itu, baginda ditimpa pening kepala dan suhu badannya naik mendadak, sehingga kepanasannya dapat dirasai dari luar serbannya.


HARI SELASA
  • Hari ketiga dalam seminggu.
  • Dalam Bahasa Arab merujuk kepada Ats-tsulatsa iaitu tiga.
  • Hari selasa ialah hari ketiga Allah Ta'ala mencipta langit, bumi dan isinya.

HARI RABU
  • Dalam Bahasa Arab, Al-Arbi'al atau Al-Arbu'a atau Arba'ah bererti empat.
  • Hari Rabu ialah hari keempat Allah Ta'ala mencipta bumi, langit dan segala isinya.

HARI KHAMIS
  • Dalam Bahasa Arab di sebut Al-Khamis merujuk kepada perkataan Khamsah iaitu lima.
  • Hari ke-lima Allah s.w.t menciptakan langit, bumi dan isinya.
  • Hari Khamis mempunyai kebaikan dalam Islam, antaranya disunatkan berpuasa pada hari Khamis sebagaimana diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.

HARI JUMAAT
  • Dalam Bahasa Arab disebut Al-Jumuah dan Al-Jum'ah yang bererti menghimpukan.
  • Dalam Fatha Al-Bari, Kitab Al-Jumu'ah, Imam Ibnu Hajar rahimahullah menyebut bahawa masa zaman Jahiliyyah, hari Jumaat dinamakan Al-'Arubah.
  • Terdapat beberapa pendapat ulama' tentang  sebab hari Jumaat dinamakan dengan nama ini :
          a) kerana penciptaan segala jenis makhluk terhimpun, siap dan lengkap pada hari Jumaat.
          b)kerana penciptaan Nabi Adam a.s terhimpun, siap dan lengkap pada hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Huzaifah r.a daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda : "Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita daripada memuliakan hari Jumaat. Dengan sebab itu, hari Sabtu adalah untuk kaum Yahudi, hari Ahad untuk kaum nasrani. Lalu Allah mendatangkan kita, dan memberi kita hidayah untuk memuliakan hari Jumaat."
[Diriwayatkan oleh Muslim (1415)]


HARI SABTU
  • Dalam Bahasa Arab dipanggil As-Sabtu.
  • Menurut Tafsir Al-Qurthubi, perkataan ini bermaksud; memotong, rehat dan mewah.
  • Hari Sabtu disebut dalam Al-Qur'an dalam beberapa ayat, antaranya dalam ayat 65 surah Al-Baqarah, ayat 47 dan 154 surah An-Nisa' dan lain-lain.

Menurut Tafsir Al-Qurthubi, Allah Ta'ala mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari Akhirat, iaitu satu hari bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Menurut sebahagian ulama', enam hari itu adalah sama dengan enam hari di dunia ini. Enam hari tersebut bermula dari Ahad sehingga hari Jumaat. Allah Maha Berkuasa untuk mencipta makhlukNya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi Dia mencipta langit dan bumi dalam enam hari untuk mengajar makhlukNya sifat teliti dan cermat dalam segala perkara.

Monday 9 May 2011

:: Sahabat | Suara hati ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni






Selalu x dpt msg dari kawan-kawan;
  I NEED YOU! , ON YM CEPAT! . HEY, I GOT SOMETHING TO TELL YOU
AQ ADE MASALAH LAH,TOLONG AQ..dll..
kali ni aq nak kongsi kata-kata mengenai sahabat

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
-Imam Al-Ghazali


Temanmu yg sebenarnya,
ialah orang yang ada bersamamu,
dan orang yang menyusahkan dirinya,
supaya ia bermanfaat kepadamu,
-Saidina Ali Bin Abi Talib


Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Seorang sahabat yang baik takkan merungut apabila sahabatnya melakukan kesilapan, sebaliknya dia menasihati dan berusaha memperbaiki kesilapan sahabatnya itu. Kenapa sekarang banyak kali kita dengar kawan makan kawan, kawan tikam belakang, cakap depan lain cakap belakang lain, bocor rahsia, lupa kawan? Titik pangkalnya pada hati dan keikhlasan. Betul, memang ada yang berkawan baik bertahun-tahun, tapi akhirnya bermusuh sebab salah faham. Silapnya? Mesti ada yang tak kena pada hatinya.

sahabat...Tuhan Maha Perkasa
ketentuan-Nya sekadar menguji kita
bila berjuang pasti ada yang terluka
itulah asam garam kehidupan

ujian tanda kasih cinta Ilahi
ditempuhi oleh para Rasul dan Nabi
berjuang (berkorban) menjadi satu kepastian
kerana syurga menagih pengorbanan
walau terpaksa keseorangan
pasti dinilaian di sisi-Nya
-Sahabat |Suara Hati




Berkawanlah kerana keRedhaan Allah, bukan kerana duniawi semata, indahnya perhubungan andai disulam kasih dan sayang, manisnya pertemuan disusuli keimanan. Sentiasa bersedia berada di sisi teman, jangan dihirau bisikan nafsu jin dan syaitan. Jangan pula dikotori dengki dan takbur, takut nanti pahala lebur.

Wednesday 4 May 2011

:: Bulan Islam : Jamadil Akhir ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni
Jamadil Akhir

  • Bulan ke-6 dalam senarai bulan2 Qomariyyah atau Hijriyyah.
  • Dalam bahasa Arab disebut; Jumada Al-Akhirah
  • Bulan ini juga dipanggil Jumada Sittah, bererti Jumada Bulan Keenam.
  • Berlakunya peperangan Zi Qarad


Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran yang mulia;

Lalu Allah menjadikan langit itu sebanyak tujuh lapis langit dalam masa dua hari 
(iaitu hari Khamis dan Jumaat). 
Dia juga mewahyukan kepada tiap-tiap langit akan urusan langit itu 
(mengenai amalan taat dan ibadat yang diperintahkan kepada penghuni setiap langit). 
Kami hiaskan langit yang terdekat (pada pandangan mata penduduk bumi)
dengan bintang-bintang yang berkelip seperti lampu.
Kami juga memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya daripada 
tindakan syaitan mencuri dengar perbualan para malaikat.Itu adalah ketentuan
Allah Yang Maha Perkasa, Lagi Maha Mengetahui.
[Surah Fusshilat|12]




 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea