Tuesday 17 May 2011

:: Rugi orang Bakhil ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan
     Saidatina Siti Aisyah pernah bercerita bahawa pada suatu hari datanglah seorang gadis berjumpa Rasulullah s.a.w dengan wajah sedih terbayang di wajahnya sesuatu yang menyusahkan hatinya. Gadis yang tangannya sakit itu berkata, “Wahai Rasulullah, tolonglah saya. Tangan saya ini sakit tidak tertahan. Sudilah kiranya wahai kekasih Allah doakan agar sakit tangan saya ini segera sembuh.”

     Rasulullah s.a.w diam sebentar, sambil memerhatikannya dengan penuh hiba.

Rasulullah s.a.w : Hai Jariah! Apa sebab tangan kamu terbakar?

Gadis :    Malam tadi, saya bermimpi dan tersedar dari mimpi lalu bangun dari tidurku, saya lihat tangan kanan sudah terbakar seperti ini.

Rasulullah s.a.w : Kalau begitu, ceritakan kepadaku mengenai mimpi itu.

Gadis : Malam tadi saya bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba. Dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan begitu mengerikan dan keadaan itu tidak pernah saya lihat sebelum ini. Terlihat pula orang yang menjadi penghuni neraka jahanam yang menjulang-julang apinya. Di tempat lain pula saya lihat syurga terbuka luas. Bila saja saya melihat ngerinya api neraka jahanam itu menyebabkan saya jatuh pengsan. Setelah sedar, saya lihat lagi adanya jurang-jurang neraka yang sangat menakutkan. Alangkah terkejutnya saya menyaksikan ibu ada di dalam neraka itu. Keadaannya sungguh menyedihkan. Tentu sekali saya hairan kerana tempat itu tidak layak dengan amalnya di dunia.

Rasullullah s.a.w : Bagaimanakah keadaan ibumu ketika di dunia?

 Gadis : Ibu saya ya Rasulullah, adalah seorang yang kuat beribadat, taat kepada suaminya dan selalu sabar. Tidak pernah dimarahi oleh ayah kerana tingkah laku ibu yang menyenangi dan mentaati ayah.

Rasulullah s.a.w : Tetapi apa sebabnya ibumu sampai berada di dalam neraka yang azab itu?

Gadis : Kemudian ya Rasullullah, saya pun menanyakan kepada ibu sebab dirinya sampai masuk ke tempat yang hina itu. Maka kata ibu dalam mimpi saya itu, bahawa tempat neraka yang dihuninya itu adalah tempat untuk orang-orang yang bakhil sewaktu di dunia. Hanya secarik kain dan sepotong lemak yang dibawanya pernah di sedekahkannya di dunia dulu. Hanya dengan sedekah itu sahajalah ibuku dapat berlindung dari azab neraka itu. Lalu saya bertanya ibu, di manakah ayah? Lalu jawabnya, ayah berada di sebelah sana dan tempatnya di syurga. Saya pergi ke tempat ayah berbahagia. Di sana saya dapati ayah sedang memberi minuman kepada teman-temannya. Air yang ada di dalam gelas itu diambil dari tangan Saidina Ali. Saidina Ali pula mengambil gelas itu dari tangan Saidina Umar, manakala Saidina Umar pula dari tangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w mendengar gadis itu bercerita dengan teliti. Gadis itu menyambung lagi.

Gadis : Saya bertanya pada ayah, mengapa tidak diberi minuman itu pada ibu, malah diberinya pada orang lain? Kata ayah, “ Sesungguhnya ibumu berada di tempat orang yang bakhil, orang-orang maksiat dan orang yang dimurkai Allah. Oleh itu, Allah telah mengharamkan mereka minum dari air telaga Rasulullah s.a.w ini.” Ya Rasulullah, ketika saya mendengar jawapan ayah, lantas saya mengambil segelas air dari telaga itu untuk diberikan kepada ibu. Ketika ibu sedang minum, keluar suara yang menakutkan. Allah telah membakar tanganku yang telah memberi minuman kepada orang telah melakukan maksiat dan orang yang bakhil dari air telaga Rasulullah. Suara yang bergema itulah menyebabkan saya tersedar dari mimpi.

Setelah itu Rasulullah s.a.w menceritakan semula apa yang telah dimimpikan oleh gadis itu bahawa sifat bakhil  ibunya telah membuatkan dirinya sengsara di dunia dan keadaannya begitu azab di akhirat.
Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan tongkatnya di tangan gadis yang terbakar itu sambil berdoa, “ Ya Allah, demi mimpi yang telah diceritakan oleh gadis ini, semoga Engkau menjadikannya baik dan sembuhkan tangan hambaMu ini”. Setelah Rasulullah s.a.w mendoakannya, sembuhlah tangannya seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t. 




Dengan itu fahamlah kita bahawa orang bakhil, orang yang selalu mementingkan diri sendiri, orang yang suka melihat orang lain menderita dengan mengumpul harta untuk kesenangan sendiri sehingga lupa membelanjakannya kepada jalan Allah s.w.t maka termasuklah mereka seperti dalam cerita tadi.
Mudah-mudahan kita terhindar dari sifat itu yang menyebabkan kita mendapat azab yang pedih di akhirat dan selalulah kita berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan tolong-menolong dalam mengerjakan amar-makruf dan nahi mungkar. Amin. J

2 pemikir berseni:

Malay-Kadazan girl said...

Lama hamba tak baca kisah-kisah nabi. Thanks for sharing.

Nadirah Izan said...

sama2 :)

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea