Sunday 22 May 2011

:: Nasib Hamba Allah ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan
     Pada suatu hari terdapat seorang lelaki tua yang soleh. Hidupnya sederhana dan tinggal di tepi pantai. Kerjanya sehari-hari ialah mengail ikan. Pengail itu ada seorang isteri yang solehah dan sangat sabar menempuh hidup mereka yang susah payah itu. Hidup mereka bergantung kepada kepada hasil laut. Kalau cuaca elok dan keadaan laut baik maka banyaklah hasil yang diperolehi. Tetapi jika laut bergelora dan keadaan tidak menentu cerah dan gelap terpaksalah mereka menghadapi hari itu dengan seadanya.

     Biarpun segalanya serba sederhana tetapi kerana keimanan dan keyakinan bahawa rezeki itu adala urusan Allah, maka tidak pernah mereka bersungut dan mengeluh. J Mereka sentiasa bertawakal kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah anugerah biarpun terlalu sedikit, tetap diterima dengan rasa syukur yang tidak terhingga.

     Suatu pagi, keadaan cuaca sangat baik. Setelah menunaikan solat dhuha, lelaki pengail itupun bersiap untuk pergi ke laut menangkap ikan.  Sebelum ke laut :

Si pengail : Wahai isteriku, telah berhari-hari cuaca buruk dan laut bergelora lantaran itu tidak adalah rezeki untuk kita. Tetapi hari ini syukur kepada Allah kerana cuaca amat baik.

Si isteri     : Pergilah wahai suamiku, semoga Allah akan memberkati kita hari ini J

     Di sebuah batu yang besar di pinggir laut, duduklah si pengail yang tua itu sambil menaruh umpan pancingnya. Kemudian seperti biasa dibiarkan mata pancingnya terbenam menanti disambar ikan. Sementara itu dia berzikir sambil menunggu ada ikan yang memagut mata kailnya itu. Dengan hati yang sabar dan tawakkal yang tiak pernah kurang, lelaki itu terus menanti. Setelah sekian lama menanti tidak ada juga walau seekor ikan pun yang terkena mata pancingnya. Lelaki itu pun merintih dalam hati , “ Bagaimanakah nanti andainya tidak ada rezeki untukku hari ini,sedangkan sudah berhari-hari aku tidak dapat menyediakan apa-apa hidangan yang sempurna..”

     Kemudian lelaki itu menadah tangannya ke langit. “ Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini. Telah berhari-hari aku tidak dapat mencari rezeki sehingga tidak ada apa-apa untk dimakan oleh keluargaku. Berilah aku rezeki yanh halal dengan rahmatMu.”

     Tidak lama kemudian, mata kailnya terasa disentak. Cepat-cepat pengail ikan itu menarik kailnya yang terasa berat. Apabila dia mengangkat kailnya, dia terlihat seekor ikan yang sangat besar. Mata lelaki itu bersinar penuh kegembiraan. Berkali-kali dia mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada  Allah s.w.t. Dia pun pulanglah ikan itu ke rumah. Dia berkira-kira di dalam hati bahawa ikan itu kalau dijual dapat menampung pebelanjaan selama tiga hari. Dari jauh lagi dia telah memanggil isterinya. Isterinya sungguh gembira melihat ikan tersebut.

Tiba-tiba datang seorang polis dengan menaiki seekor kuda...

Polis         : Apakah yang ada di dalam kantungmu yang besar itu?
Si pengail : Ikan tuan.

Hati pengail itu mula bimbang polis itu akan merampas ikannya. Sudah menjadi kebiasaan di negeri itu, polis berhak berbuat sesuka hati mereka. Dan apa yang dibimbangkannya benarbenar terjadi. Polis itu merampas ikan pengail dan membawanya pergi.

Si pengail : Kita tidak ada rezeki. Ikan itu telahpun dirampas oleh polis yang kejam itu L
Si isteri     : Bersabarlah wahai suamiku. Biarlah polis itu merampas hak kita. Allah pasti akan membalas kesalahannya itu. Esok turunlah ke laut. InshaAllah, Tuhan akan memberi rezeki yang lebih baik lagi.

Apabila mendengar kata-kata isterinya itu, hati pengail tersebut menjadi tenang kembali. Setelah selesai menunaikan solat pada malam itu, si pengail ikan itu pun berdoa kepada Allah s.w.t.

     “ Ya Tuhanku, Engkau telah menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Kau ciptakan polis itu dalam memiliki kekuatan. Tetapi dia telah menggunakan kekuatannya itu untuk menganiaya aku.  Jadi Kau lemahkanlah polis itu di tangan orang yang lebih kuat darinya sebagai pengajaran kepada orang lain agar jangan menjadi seorang manusia yang zalim.”

     Tidak berapa lama selepas itu, tersebarlah kisah seorang polis di negeri itu telah dijangkiti oleh sejenis penyakt yang aneh. Polis itu dikatakan telah membawa pulang seekor ikan yang besar ke rumahnya sebelum terkena penyakit itu. Ikan itu telah dimasak kemudian dihidangkan kepadanya. Sebaik sahaja polis itu hendak menyentuh ikan tersebut, tangannya telah disengat oleh ikan itu.Sengatan itu telah menyebabkan tangan polis itu luka. Walaupun telah ramai doctor yang cuba mengubati penyakitnya tetapi tetap juga tidak sembuh. Akhirnya tangan polis itu terpaksa dipotong.

     Pada suatu malam, polis itu telah bermimpi, ada seorang lelaki tua menyuruhnya memulangkan semula ikan yang telah dirampasnya dahulu. Apabila tersedar dari tidurnya, dia segera teringat kembali tentang ikan yang dirampasnya dari seorang pengail tempoh hari. Tanpa membuang masa lagi, polis itu pergilah ke rumah pengail ikan tersebut. Sebaik sahaja tiba di sana, polis itu terus melutut  di hadapan pengail itu dan merayu-rayu meminta ampun dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Polis itu juga memberikan seribu dirham kepada si pengail sebagai tanda dia bertaubat atas perlakuannya itu.

     Alangkah terkejutnya polis itu apabila mendapati tangannya yang dipotong dahulu telah ada kembali seperti sediakala. Dia merasa gembira dan mengucapkan syukur pada Ilahi. Subhanallah, hebatnya kuasa Tuhan yang mengkehendakinya begitu. Wallahu'alam J

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea