Friday 13 May 2011

:: Istimewa Hari ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan


HARI AHAD

  • Perkataan Al-Ahad dalam Bahasa Arab merujuk kepada perkataan wahid dan ahad; satu.
  • Berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah Nabi s.a.w, jelas sekali bahawa Allah s.w.t telah mencipta langit, bumi, dan isi-isinya dalam masa enam hari, iaitu dari hari Ahad sehingga penghujung hari Jumaat.
  • Pada hari ketujuh, iaitu Sabtu, Allah s.w.t tidak mencipta sebarang jenis makhluk lain lagi.

HARI ISNIN
  • Perkataan Al-Isnain  dalam Bahasa Arab merujuk kepada perkataan Isnain iaitu dua.
  • Berdasarkan sunnah Nabi s.a.w, disunatkan berpuasa pada hari Isnin pada setiap minggu, kerana pada hari isnin, segala amalan dibentangkan kepada Allah s.w.t. 
  • Padanya juga, Nabi s.a.w dilahirkan, dibangkitkan sebagai Rasul, diturunkan Al-Quran kepada baginda dan sebagainya.
Antara peristiwa yang berlaku :

Nabi s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, dilantik menjadi nabi pada hari Isnin, diwafatkan pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah pada hari Isnin, sampai di Madinah pada hari Isnin, dan mengangkat Hajar Aswad pada hari Isnin.
[Diriwayatkan oleh Ahmad (2376)]

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada Isnin, 12 Rabi'ul Awwal, tahun 11 Hijriyyah. Baginda wafat antara waktu Subuh dengan Zuhur. Ketika itu umur baginda mencecah 63 tahun 4 hari. Sebelun itu, baginda mula jatuh sakit pada hari Isnin, 28 atau 29 Safar tahun 11 Hijriyyah, setelah pulang daripada menghadiri satu jenazah di Al-Baqi. Ketika dalam perjalanan pulang itu, baginda ditimpa pening kepala dan suhu badannya naik mendadak, sehingga kepanasannya dapat dirasai dari luar serbannya.


HARI SELASA
  • Hari ketiga dalam seminggu.
  • Dalam Bahasa Arab merujuk kepada Ats-tsulatsa iaitu tiga.
  • Hari selasa ialah hari ketiga Allah Ta'ala mencipta langit, bumi dan isinya.

HARI RABU
  • Dalam Bahasa Arab, Al-Arbi'al atau Al-Arbu'a atau Arba'ah bererti empat.
  • Hari Rabu ialah hari keempat Allah Ta'ala mencipta bumi, langit dan segala isinya.

HARI KHAMIS
  • Dalam Bahasa Arab di sebut Al-Khamis merujuk kepada perkataan Khamsah iaitu lima.
  • Hari ke-lima Allah s.w.t menciptakan langit, bumi dan isinya.
  • Hari Khamis mempunyai kebaikan dalam Islam, antaranya disunatkan berpuasa pada hari Khamis sebagaimana diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.

HARI JUMAAT
  • Dalam Bahasa Arab disebut Al-Jumuah dan Al-Jum'ah yang bererti menghimpukan.
  • Dalam Fatha Al-Bari, Kitab Al-Jumu'ah, Imam Ibnu Hajar rahimahullah menyebut bahawa masa zaman Jahiliyyah, hari Jumaat dinamakan Al-'Arubah.
  • Terdapat beberapa pendapat ulama' tentang  sebab hari Jumaat dinamakan dengan nama ini :
          a) kerana penciptaan segala jenis makhluk terhimpun, siap dan lengkap pada hari Jumaat.
          b)kerana penciptaan Nabi Adam a.s terhimpun, siap dan lengkap pada hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Huzaifah r.a daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda : "Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita daripada memuliakan hari Jumaat. Dengan sebab itu, hari Sabtu adalah untuk kaum Yahudi, hari Ahad untuk kaum nasrani. Lalu Allah mendatangkan kita, dan memberi kita hidayah untuk memuliakan hari Jumaat."
[Diriwayatkan oleh Muslim (1415)]


HARI SABTU
  • Dalam Bahasa Arab dipanggil As-Sabtu.
  • Menurut Tafsir Al-Qurthubi, perkataan ini bermaksud; memotong, rehat dan mewah.
  • Hari Sabtu disebut dalam Al-Qur'an dalam beberapa ayat, antaranya dalam ayat 65 surah Al-Baqarah, ayat 47 dan 154 surah An-Nisa' dan lain-lain.

Menurut Tafsir Al-Qurthubi, Allah Ta'ala mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari Akhirat, iaitu satu hari bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Menurut sebahagian ulama', enam hari itu adalah sama dengan enam hari di dunia ini. Enam hari tersebut bermula dari Ahad sehingga hari Jumaat. Allah Maha Berkuasa untuk mencipta makhlukNya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi Dia mencipta langit dan bumi dalam enam hari untuk mengajar makhlukNya sifat teliti dan cermat dalam segala perkara.

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea