Sunday 26 February 2012

Hanya Kerana Kau Muslimat

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yng penyayang tidak akan sia-sia.” 

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan. 

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drp susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas untuk membela agama Allah. 

7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drp anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drp suaminya (1000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia pintu syurga mana sahaja yg dikehendakinya. 

11. Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik drp 1000 lelaki yg soleh.

12. Aisyah berkata, “ Aku bertanya kpd Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”. 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu. 

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab. 


16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dlm syurga. 

18. Barangsiapa yg mempunyai 3 org anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan memdidik mrk dgn penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Drp Aisyah r.a “Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu daripada anak2 perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Tuesday 21 February 2012

Bagaimana keadaan Hari Kiamat?

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Credit : sinarmuslim


Friday 17 February 2012

Tinta Rasulullah s.a.w

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,  "Jibrail sentiasa mengharap-harapkan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu ; sembahyang yang lima beriman, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan di antara dua orang yang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguhlahengkau di atas perkara tersebut."

...

Beramallah engkau dengn lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Dia tidak akan menerim melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta'ala telah berfirman,
"Barangsiapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa jua pun."

...

Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, seseorang yang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.


Saturday 11 February 2012

Jahatkah wanita ?

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni

Ulasan dan titisan ilmu dikongsi dari blog Fatimah Syarha


Antara Hadis dan Tafsiran Hadis

“Fitnah wanita.”
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)
Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah…
Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan semuanya jahat…”

Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan

Hakikatnya, potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan ada pada kedua-dua makhluk Allah, lelaki dan wanita. Wanita ada kelemahan. Lelakipun ada kelemahan. Wanita ada kelebihan. Lelakipun ada kelebihan.
”Maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka  baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain.” ( Aali-Imran : 195 ).
Luasnya Maksud Fitnah
Dr Yusuf al-Qaradhawi membela, “Berwaspada  terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya  dari mengingati Allah dan hari akhirat.”
Bukankah Allah SWT juga pernah memberi peringatan tentang fitnah harta dan anak-anak? Firman Allah Taala yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” 
( Munafiqun : 9 )
Mengikut tafsiran ayat ini, adakah ia bermaksud harta dan anak-anak itu semuanya jahat? Tiada kebaikan langsung daripadanya? Adakah Islam mengajar kita memusuhi harta sebagaimana golongan sami yang langsung tidak mengumpul harta? Adakah Islam mahu kita mencontohi golongan paderi yang tidak dibolehkan berkahwin dan mempunyai anak?
Tidak!

Fitnah Harta dan Anak-anak

Hal ini seterang mentari dijelaskan dalam al-Quran. Allah menunjukkan sikap yang adil (meletakkan sesuatu kena pada tempatnya) dalam menyingkap maksud sebenar yang Dia mahu kita fahami.
Tengok!
Di tempat yang lain, Allah SWT menyebut harta itu sebagai “ kebaikan “. Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya,
“ Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)
Malah, pengurniaan anak cucu kepada hamba-Nya, Allah sandingkan sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik-baik.
Firman Allah SWT : “Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu  isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik.” 
( Nahl : 72 )
Bermakna anak-anak dan harta, asal kedua-duanya adalah baik. Ia jadi fitnah apabila kita tidak menguruskan dan mendidiknya dengan baik.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,di sisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),
Dr Yusuf al-Qaradhawi berpesan: “Memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.”
 Berawaslah!
            Terima-kasih buat Nabi yang memberi ingatan tentang fitnah wanita kepada kaum lelaki. Fitnahnya memang amat besar. Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur dengannya.
Pesona luaran wanita memang memukau. Mampu menjadikan orang sasau. Ditambah lagi, sifat semulajadi manusia termasuklah lelaki suka bertindak secara gopoh gapah dalam menilai luaran. 
Wanita yang kusayangi, pada zaman ini, kita mendapati ujian wanita sudah sampai ke tahap  zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya. Disanjung, dipuja dan didewa-dewa padahal golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan. Berawaslah!

 Kembalilah Wanita Pada Kemulianmu

Pesan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.”
Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia, insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat, Dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.


Friday 10 February 2012

Luqman Hakim dan Himar

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 1 pemikir berseni
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."



Sunday 5 February 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang inginku katakan, Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini & kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu & Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik & lemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesugguhnya mereka adalah teman & pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh masukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu & dilarang melakukan zina.


Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini; sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.




Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah Aku sampaikan kepadamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya Aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."

disampaikan pada 9hb Dzulhijjah, Tahun 10 Hijrah,
Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Thursday 2 February 2012

Bicara Abdullah Bin Salam

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan 0 pemikir berseni


Wahai Rasulullah s.a.w ! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta.  Sekiranya mereka tahu saya menganut agama Islam, mereka menuduh saya dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sembunyikan saya dan hantarkan orang untuk bertanya pendapat mereka  mengenai saya,” kata Abdullah Bin Salam.

Rasulullah s.a.w pun menyembunyikannya dan menghantar orang bagi memanggil beberapa orang yahudi. Apabila mereka datang, baginda segera bertanya, “ Apakah kedudukan Abdullah Bin Salam pada pandanganmu?”

Lalu mereka menjawab, “Dia adalah orang yang terbaik dalam kalangan kami, anak orang yang terbaik. Dia pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ilmuwan agama kami, anak ilmuwan agama kami.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “ Sekiranya dia menganut Islam, adakah kamu turut menganut Islam?”
Jawab mereka, “ Tuhan  melindunginya dari perkara itu.”

Kemudian, Rasulullah s.a.w memanggil keluar Abdullah Bin Salam. Lalu Abdullah menyatakan kepada mereka, “ Saya menyaksikan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Lantas orang yahudi itu pun berkata, “ Dia adalah orang yang paling jahat dalam kalangan kami! Anak orang yang paling jahat! Orang yang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang yang paling jahil!

Kata Abdullah Bin Salam, “ Saya sudah beritahu wahai Rasulullah, yahudi adalah kaum yang kuat berdusta.”
(Direkodkan oleh Ahmad & Bukhari)
 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea