Thursday 2 February 2012

Bicara Abdullah Bin Salam

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan


Wahai Rasulullah s.a.w ! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta.  Sekiranya mereka tahu saya menganut agama Islam, mereka menuduh saya dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sembunyikan saya dan hantarkan orang untuk bertanya pendapat mereka  mengenai saya,” kata Abdullah Bin Salam.

Rasulullah s.a.w pun menyembunyikannya dan menghantar orang bagi memanggil beberapa orang yahudi. Apabila mereka datang, baginda segera bertanya, “ Apakah kedudukan Abdullah Bin Salam pada pandanganmu?”

Lalu mereka menjawab, “Dia adalah orang yang terbaik dalam kalangan kami, anak orang yang terbaik. Dia pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ilmuwan agama kami, anak ilmuwan agama kami.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “ Sekiranya dia menganut Islam, adakah kamu turut menganut Islam?”
Jawab mereka, “ Tuhan  melindunginya dari perkara itu.”

Kemudian, Rasulullah s.a.w memanggil keluar Abdullah Bin Salam. Lalu Abdullah menyatakan kepada mereka, “ Saya menyaksikan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Lantas orang yahudi itu pun berkata, “ Dia adalah orang yang paling jahat dalam kalangan kami! Anak orang yang paling jahat! Orang yang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang yang paling jahil!

Kata Abdullah Bin Salam, “ Saya sudah beritahu wahai Rasulullah, yahudi adalah kaum yang kuat berdusta.”
(Direkodkan oleh Ahmad & Bukhari)

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea