Tuesday 26 April 2011

:: Kek bertahi kucing ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan






Al-kisah..

  Ada lah di satu petang yang hening, si anak sedang syok tgk TV kat halaman rumah. Dia tengok satu drama, kebetulan terdapat lah satu babak di mana pasangan muslim yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di tepi tasik. Sangat romantik pasangan kekasih tu. Siap bersuap-suapan ala-ala pengantin baharu. Si jejaka mengusik-usik si dara. Si dara pula jeling-jeling manja kononnya.

     " Eeiiih, bestnye diorang! Kalau Along bercinta nanti, Along nak buat mcm tu lah!" kata si anak sambil buat gaya teruja. " Tengok tu! Alaahai...sweetnye.." tambahnya lagi..
     " Eleh, biasa je tu. Bila Angah bercinta nanti, Angah nak pegang tangan kekasih Angah!  Tak nak lepaskan!" kata Angah pula bersunggguh. Bagi mereka, perkara itu cuma hal biasa pada masa kini. Tiada salah. Yelah, bukan sampai berzina berkhalwat pun!  Dapat lihat aksi berangan Angah membayangkan dia dan kekasihnya yang berpegang tangan. Si bapa yang melihat telatah anaknya cuma tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya.

2 jam selepas itu..

     " Anak-anak abah, siapa nak rasa kek abah buat buat ni? Sedap tau, abah ada letak resipi rahsia dalam kek ni! Mari! Mari!" jerit si abah ke ruang tamu dari dapur.

       Anak-anaknya terus meluru ke dapur. Jarang mereka sekeluarga dapat bersama. Dan satu bonus apabila abah mereka yang handal memasak itu berada di dapur, kerana abahnya merupakan seorang arkitek yang sangat sibuk.


     "Sesedap kek secret recipe ke, abah?" tanya Angah tak sabar melihat kek yang cantik di tambah aromanya yang cukup memikat hati sesiapa saja yang berdekatan.
     "Kek abah buat memang selalunya sedap la, Angah. Kan abah ade belajar banyak jenis resipi yang handal. Kan, abah? Kali ni resipi apa yang abah guna? Rahsia betul ye..haha", ketawa Along sambil melirik kepada abah.

    " Ya, kali ini abah masukkan satu resipi rahsia. Sangat rahsia. Anak-anak abah nak tahu ke resipi apa?" tanya abah kepada Along dan Angah.

    "Resipi apa, abah?" tanya mereka berdua serentak.

     " Abah, masukkan sedikit tahi kucing di dalam adunan kek ni tadi. Sikit je...sikit sangat.." kata si abah sambil bersungguh menunjukkan 'sedikit' yang dimaksudkannya. Nampaknya abah benar-benar memaksudkannya.

     Si anak tercengang dan kehairanan. Pelik. Sanggup abah memasukkan tahi kucing ke dalam makanan? Biar benar? Along dan Angah meminta penjelasan.

     "Along..Angah,,dengar sini abah nak cerita", kata abah dengan nada yang sangat lembut. "Cuba bayangkan; tadi Along dan Angah kata nak romantik dan berpegang tangan bila bercinta..hmm..perbuatan itu ibaratkan tahi kucing dalam kek yang abah buat ni. Dan adunan kek yang lain adalah nikmat Allah bagi dan hasil didikan agama anak-anak abah. Ya, perbuatan yang Along dan Angah bayangkan itu memang sedikit..samalah macam tahi kucing ini..sangat sedikit..tapi sanggupkah Along dan Angah nak makan?" tanya abah. Along dan Angah menggeleng-geleng.

     " Sekarang, cuba bayangkan tahi kucing itu sebagai api neraka. Sanggupkah anak-anak abah menghadapinya? Ala..sikit je..sikit sangat..sanggup?" tanya abah lagi. Mereka berdua geleng lagi.

     "Anak-anak abah yang abah kasihi, kadang-kadang perkara yang sikit dalam hidup kita itulah, yang menggelegakkan lagi api neraka kelak. Memang sikit, tapi bagaimana api neraka yang Allah katakan segala dahsyat dari api semasa di dunia ini, kita sebagai hambanya sanggup berdepan? Kita tak terima kek yang bertahi kucing, adakah Allah terima kita yang telah melakukan perkara yang 'cuma sedikit' itu? Anak-anak abah, jauhilah perkara itu.." ujat abah panjang lebar berserta senyuman manis.

     "Maafkan kami, abah. Kami sedar, semua itu adalah salah. Along dan Angah berjanji pada abah dan diri sendiri, Along dan Angah takkan buat perkara sebegitu. Kami akan jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Terima kasih abah! "ucap Along sambil Angah terangangguk-angguk mengiakan.

     Abah tersenyum. "Jadi, siapa nak makan kek abah buat ni angkat tangan!" seloroh abah bersahaja.
"Eeewww, taknak!" cebek Along dan Angah sambil ketawa senang.

    "Jangan risau, abah ada buatkan kek lain yang betul-betul sedap. Tak ada lagi tahi kucing. Siapa nak?" tanya abah. Along dan Angah segera angkat tangan. Petang itu, mereka sekeluarga menikmati kek buatan abah dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah.

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea