Sunday 10 July 2011

:: Pelangi dari Allah. Sedarkah? ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali gersang jiwa meratap hiba. 
Dugaan & ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian & terasa betapa kita dipinggirkan. 
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan & yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan.
Kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. 
Kita menyalahkan takdir hitam & saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan minda dewasa.
Lalu kita hilang pertimbangan di antara keimanan & rasukan syaitan. 
Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai jalan penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami suara alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga segar setelah kering kontang?



Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami renik hujan, lantas berbunga cantik mekar. 
Maka tersenyumlah alam nian indah. Betapa agungnya ciptaan Allah. 
Betapa sempurnanya aturan Allah.  Maha Suci Ya Rabbi.


Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari cemerlang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam kelam malam dihiasi bintang?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk temukan sesuatu?


Fikirlah..
Kerana tidak ada kemanisan tanpa kepahitan, dugaan & rintangan.  
Mengecapi  kebahagiaan memerlukan pengorbanan. 
Setiap kesenangan akan ada bayaran.  


Tuhan hadirkan pelangi yang indah & kicau burung  gemersik yang menyanyikan  lagu kedamaian selepas resah kehujanan.

Biarlah...
Biar hujan di dalam hati,
Pasti ada pelangi yang menanti, InshaAllah J

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea