Sunday 17 July 2011

:: Secebis Kisah Sayidina Umar Ibnu Khattab ::

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan


Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi kelapangan pada kaum Muslimin.







Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, “Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.”  Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beliau menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?”

.:Cinta ilahi cinta hakiki, cinta dunia cinta sementara, akhirat jua kekal abadi. Setiap 
kerja kita jika disandarkan kepada Allah, maka kita akan dapat cinta Allah:.



0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea