Monday 12 March 2012

Perjalanan Hidup Para sahabat

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan

Sahabat-Sahabat Rasulullah
apabila bertemu satu sama lain 
Tidak akan bercerita tentang dunia 
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum rumah dan pakaian 
Kecuali menceritakan
terhadap Sahabatnya yang lain jika mereka mendapat kesusahan 
Agar Sahabat-Sahabat bersimpati
dan memberi bantuan 
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri 
Untuk diketahui dan dibaiki 
Bertanyakan khabar Rasulullah
keluarganya dan tentang keadaannya 
Lebih-lebih lagi bertanya
apa wahyu yang baru turun 
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya 
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama 
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat 
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan
masing-masing diam sahaja 
Namun hal-hal dunia
tidak dijadikan perbincangan dan perbualan 
Apatah lagi hendak bercerita-cerita
hal keburukan orang 
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid 
Orang yang lalu di tepi masjid
menyangka tidak ada orang di dalam masjid 
Kerana sunyi sepi daripada perbualan 
Kalau adapun Al Quran dibaca orang
Sahabat tidak menguatkan suara 
Agar tidak mengganggu orang
macam masjid di zaman kita 
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk
tadhoruk dan khusyuk 
Membanyakkan sembahyang
zikir, tasbih, selawat 
Membaca Al Quran, tafakur
tidak sempat berbual dunia 
Masing-masing dengan dirinya masing-masing 
Hening, tenang dan sepi 
Orang menyangka di masjid tidak ada orang 
Mereka sangat menjaga
kehormatan masjid dan kesuciannya

4 pemikir berseni:

Anonymous said...

study study

Nini Hartini said...

salam... nad... kak tini nak minta e-mail blog nad boleh?? sbb nk invite jadi reader blog akak.. akak dah private blog sekarang :)

Nadirah Izan said...

Wasalam, inshaAllah boleh..
email : drah_cygkam00@yahoo.com

tenkiu sudi invite Nad kak Tini,patut pun tak jumpa news feed blogger link Kak Tini, private rupenya ea..hihi :)

Nini Hartini said...

okay dear :)

akak dah invite..

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea