Tuesday 12 June 2012

Kemuliaan Cinta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan



Alhamdulillah, entry kali ini teringin nak berkongsi tentang ‘kemanisan iman’. Baru lepas blogwalking ke blog-blog yang harapnya memberi manfaat. Ramai rupanya blogger yang selalu beri kata-kata nasihat dengan cara tersendiri. Kreatif. Lepas ni confirm nak singgah lagi (:

Ada yang tulis cerpen, tentang peritnya cinta. Ada yang berpuisi tentang cinta bila disusuli iman. Super creative. Memandangkan semua bercerita tentang cinta, jadi nak share jugalah kat sini tentang sebuah artikel dari buku Abdul Shahiid Shafruddin bertajuk Al-Fatihah; Perasaan & Fikiran Insan. Hadiah dari mak ayah, baru mula baca dah teruja.  Jom tambah ilmu sikit!


 :: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ::

“ Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai sembahan.
 Mereka mencintai sembahan mereka itu sepertimana mencintai Allah.
Akan tetapi orang yang beriman lebih mencintai Allah..”
Al-Baqarah : 156

CINTA, pada dasarnya merupakan hal yang paling penting dalam merealisasikan sebuah keikhlasan. Perasaan cinta membuatkan seseorang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Contahnya seperti cinta seorang ibu yang sangat ikhlas mencurahkan kasih sayangnya kepada anak.

Kuasa cinta seringkali diiktiraf kehebatannya. Bahkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w merupakan hal yang dapat memberikan kemanisan iman. Dari Anas r. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,”Tiga perkara yang jika kita berada di dalamnya, nescaya akan merasakan kemanisan iman :

ü  
+Pertama, hendaklah Allah s.w.t dan RasulNya menjadi yang paling dicintai daripada selain keduanya.

+Kedua, hendaklah seseorang itu mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah.
ü 
+Ketiga, hendaklah seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia membenci tatkala dilemparkan ke dalam api neraka.
Ibadah yang dikhususkan kepada Allah s.w.t perlu mengandungi aspek kecintaan ini sebagai pengukuh. Apabila kita mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya, kita telah meletakkan cinta mereka di tempat yang sangat tinggi sehinggakan kita sanggup membuat apa saja. Ketika hal ini berlaku, kita berada di dalam golongan orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya, maka ketika itulah kemanisan iman itu dapat dirasakan. 





1 pemikir berseni:

Nini Hartini said...

tazkirah ringkas tp padat. thanks for sharing...

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea