Saturday 21 July 2012

Amalan Keliru di bulan Ramadhan

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan





Berpuasa sebagai adat, bukan ibadat.Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama untuk berpuasa.

Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.

Meninggalkan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada pula yang bangun lewat sehingga tertinggal solat subuh.

Ibadat solat fardhu dan solat sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan.

Bersungguh-sungguh melakukan solat sunat terawih dan solat sunat witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.

Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.

Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah di awal Ramadhan sahaja dan mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk menguruskan persiapan hari raya. Sedangkan jelas kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan di dalam hadis.

Membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.

Menganggap berpuasa sebagai waktu rehat. Masa dihabiskan dengan melakukan amalan yang sia-sia.

Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. Tidak sedikitpun cuba untuk membuang sifat bakhil dan kedekut.

Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah, sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.

Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah s.a.w menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya supaya diagihkan lebih awal kepada umat Islam yang berhak menerimanya.

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea