Monday, 23 July 2012

Kisah Pemuda Pemabuk

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan

Diriwayatkan daripada Yusuf Bin Husain : “Aku pernah berada di pinggiran sebuah pantai bersama Dzun Nun al-Mishri. Di sana aku sempat menyaksikan seekor kala jengking yang ukurannya melebihi biasa. Ia didatangi seekor katak dan kala jengking itu naik ke atas belakangnya. Kemudian sang katak berenang menuju ke suatu arah. Melihat hal tersebut, Dzun Nun pun berkata, ‘Pastilah kala jengking itu mempunyai tujuan tertentu, mari kita selidik!’

Kami pun mengikut ke mana hala si kala jengking di bawa pergi oleh si katak tersebut. Akan tetapi, secara tidak sengaja kami menjumpai seorang pemabuk yang sedang tertidur. Beberapa saat kemudian, seekor ular menghampiri pemabuk tadi. Ular itu merayap dari bahagian pusat ke bahagian dada. Kala jengking tadi lalu melekat pada badan ular dengan kuatnya dan terus menyengat ular itu sehingga mati. Kemudian kala jengking bergerak menuju ke pantai dan datanglah si katak tadi menjemputnya dan berlalulah kedua-dua makhluk tersebut.




Dzun Nun lantas membangunkan si pemabuk tadi dan bertanya kepadanya, ‘Hai pemuda! Lihatlah apa yang Allah buat untuk menyelamatkanmu! Seekor kala jengking telah datang kemudian membunuh ular yang ingin mematukmu!’
Dzun Nun seterusnya membacakan sebuah syair;

Wahai manusia yang lupa
Yang selalu dijaga oleh Zat Yang Maha Agung
Daripada kejahatan yang datang dalam kegelapan
Bagaimana mungkin mata ini boleh terus terpejam
Daripada Sang Penguasa
Yang mengurniakan beberapa kenikmatan

Mendengar untaian syair yang dibaca oleh Dzun Nun itu, si pemuda itu bangun dan berkata, ‘Tuhanku, ini adalah sesuatu yang telah Engkau lakukan terhadap hambaMu yang derhaka, lalu bagaimana kasih-sayangMu yang Engkau berikan kepada orang yang taat?’
Setelah berkata demikian, si pemuda itu pergi dan aku pun berkata kepadanya, ‘Hendak kemana kamu?’
‘Aku akan ke Gurun Sahara. Demi Allah, aku selamanya tidak akan kembali ke kota lagi!’ jawab pemuda itu.”

[Terjemahan Kitab Mukhtasharu Kitabit-Tawwabin karya Ibnu Qudamah al-Maqdisy]

1 pemikir berseni:

ana fatihah said...

Subhanallah..Allah tu sangat pengasih. :)

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea