Monday 21 November 2011

Cerita Si Unta

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan




Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada seorang  Yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya. Maka dia pun membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Setelah diadili, Nabi Muhammad s.a.w pun menjatuhkan hukuman bahawa unta itu adalah milik si Yahudi sementara orang muslim itu akan dipotong tangannya. Lalu orang Muslim itu sedih kerana dituduh mencuri lantas berdoa kepada Tuhan;
“Tuhanku, dan baginda adalah PesuruhMu, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu,”

Seterusnya,lelaki itu berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar,akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini terlebih dahulu.”

Kemudian, Nabi Muhammad s.a.w pun bertanya kepad unta itu, “ Hai unta, milik siapakah engkau sebenarnya?” Lantas unta itu berkata, “ Wahai Pesuruh Allah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi ini adalah pendusta.”

Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada orang muslim itu, “ Wahai orang muslim, beritahu padaku apakah yang engkau lakukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh berkata-kata?”
Jawab orang muslim itu, “ Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali.”

“ Engkau telah selamat dari hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat juga dari siksaan akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku,” kata Rasulullah.

:: Membaca selawat sangat dianjurkan oleh Islam kerana pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Selawat boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa di dunia mahupun akhirat nanti. J



0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea