Monday 7 November 2011

Kisah benar dari timur tengah

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan


Suatu hari.. ketika zaman Islam baru mula nak berkembang, terserempaklah pemuda dengan seorang mak cik tua yang agak berumur. Mak cik tua ini sedang memikul barang-barang yang agak berat. Pemuda ini tanpa rasa ragu-ragu, terus bertemu dengan makcik tua ini untuk menolongnya mengangkat barang-barang tersebut. Mak cik tua tersebut dengan rasa rendah diri terus memberikan pemuda itu barang tersebut. Maka berjalanlah mak cik tersebut diiringi pemuda itu ke rumah mak cik tersebut. Dalam perjalanan.. tiba-tiba mak cik tua itu bersuara..

"Tahukah kamu wahai pemuda.. Kamu ini seorang yang sgt baik hati... sanggup kamu menolong aku yang tua ini dan menyusahkan diri kamu untuk berjalan ke rumah aku. Bukan macam seorang yang bernama Muhammad tu. Kamu kenal dia?? Dia tu dah la bawak ajaran sesat... Tak betul.. Gila ka apa... bla.. bla.. bla.." mak cik tua itu terus mengutuk pemuda yang bernama Muhammad itu sambil pemuda tadi mendengarnya dengan muka bersahaja.

Setelah sampai di rumah nya, maka pemuda itu pun meletakkan barang mak cik tua itu di suatu tempat. Kemudian berkata si mak cik tua itu,

"Kamu sangat baik hati.. Siapakah nama kamu wahai anak muda yang baik hati??"

Sambil tersenyum, pemuda itu memandang mak cik tua tersebut dan berkata,

"Muhammad..."

Maka ketahuilah mak cik tua itu bahawa lelaki yang bernama Muhammad yang dia kutuk-kutuk dan menghinanya tadi adalah pemuda yang berjalan dengan nya yang memikul barangnya sepanjang perjalanan tadi..
Dengan serta merta berkata mak cik tua itu

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Agak-agaknya kan...kalau la kita di tempat pemuda tadi...apakah tindakkan kita ? 

Mampukah hati kita untuk menahan sabar seperti Rasulullah s.a.w? 
TAPI....
Itulah Rasullulah S.A.W.. akhlak yang ditunjukkan kepada kita.. Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan menyejukkan hati siapa yang memandang. Sabar.. Relax. Cool.. Oleh itu, marilah sama-sama kita berselawat kepada Baginda S.A.W... tanda cinta kita kepada Baginda S.A.W :)

::Sumber: Ustaz Don (klik)

0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea