Wednesday 16 November 2011

Pahlawan Neraka

Kepunyaan-Nya, bukan kepunyaan Nadirah Izan



Suatu hari, satu pertempuran telah berlaku di antara pihak islam dengan pihak musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain. Tiba-tiba pertempuran itu diberhentikan seketika. Kedua-dua belah pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana, Nabi Muhammad dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlalu itu. Peristiwa yang baru mereka hadapi itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh,dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Kisah keberaniannya telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah segera menjawab ;
  “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Para sahabat memandang antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya lantas baginda berkata ;

            “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat di tikam oleh pihak musuh. Badannya penuh dengan darah. Segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata itu ke dalam dadanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia bukan mati kerana lawan dengan musuh, tetapi membunuh diri sendiri.

            Tambah Rasulullah, sebelum Qotzman mati dia ada mengatakan, katanya;
“Demi Allah, Aku berperang bukan kerana agama tetapi kerana menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”


Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim. 


0 pemikir berseni:

 

Contact Lens Malaysia @ BORONG Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea